Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 6 Mei 2011

Kurang berkata-kata

prihatin

Kurang berkata-kata yakni tidak banyak bercakap.

Nabi SAW. telah bersabda yg bermaksud : "Sesiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata benar atau dia diam".

Sebagaimana lidah itu diam, begitu juga hati perlu diam dan para hukama banyak mewarisi hikmat dengan banyak diam dan banyak berfikir.

Mu'az bin Jabal r.a pernah berkata :" Berbicaralah tentang manusia itu dengan kadar yang sedikit, dan banyakkanlah berbicara tentang Tuhanmu, mudah-mudahan hatimu dapat melihat Tuhanmu."

Sesetengah ulama menjelaskan bahawa Allah SWT menjadikan dua telinga dan satu lidah adalah supaya manusia lebih banyak mendengar daripada berkata-kata.

Sesetengahnya pula berkata bahawa lidah itu seperti binatang buas- jika kita tidak mengikat janji dengannya, maka dia akan memusuhi kita.

Abu Hafs berkata, " Orang awam berdiam diri dengan lidahnya, orang yang arifin berdiam diri dengan hatinya, dan orang yang muhibbin yakni yang kasih kepada Allah SWT berdiam diri daripada kebimbangan jiwanya." Dan dia juga berkata, " Sekalipun lidahmu diam, engkau tidak akan terlepas daripada kata-kata oleh hatimu".

Nabi SAW telah berpesan kepada Mu'az bin Jabal supaya meninggalkan kata-kata yang tidak perlu, dan baginda memperingatkannya tentang akibat daripada lidah.

Basyar al-Khafi berkata," Jika dengan kata-kata akan membuat kau bangga, maka hendaklah kau diam,dan apabila dengan sebab diam membuat engkau bangga, maka lebih baik engkau bercakap".

Tidak sempurna dan sah seseorang itu ber'uzlah melainkan dia memeastikan dirinya diam terlebih dahulu, sebagaimana yang dilakukan oleh Daud al-Tha'i dan lain-lain.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kurang berkata-kata"

Catat Ulasan