Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 3 Mei 2011

Pegawai TUDM tarik balik tindakan terhadap kerajaan

Keupayaan pertahanan udara TUDM sangat penting untuk
menewaskan musuh, apatah lagi negara kaya yang
sentiasa merasa terancam akan bertindak balas
seperti Singapura

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang dihentikan perkhidmatan secara paksa, menarik balik permohonannya supaya kerajaan dikenakan tindakan menghina mahkamah kerana gagal mengambilnya semula untuk berkhidmat.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Rohana Yusuf, membenarkan permohonan Mejar Fadzil Arshad untuk menarik balik permohonannya itu, yang turut membabitkan Majlis Angkatan Tentera.

Pada 3 Ogos tahun lalu, Hakim Rohana membenarkan permohonan oleh Fadzil bagi semakan kehakiman dibuat terhadap kerajaan dan Majlis Angkatan Tentera berikutan keputusan majlis itu menghentikan perkhidmatan pegawai itu.

Hakim kemudiannya mendapati bahawa keputusan berkenaan adalah tidak sah.

Beliau mengeluarkan perintah supaya kerajaan dan majlis itu mengembalikan Fadzil ke jawatan dan pangkat asalnya serta membayarnya gaji, imbuhan, pelarasan dan bayaran dari 17 Julai 2008.

Bagaimanapun, pada 14 April lalu, kerajaan dan majlis itu mendapat perintah menangguhkan pelaksanaan arahan mahkamah berkenaan sehingga satu rayuan didengar di Mahkamah Rayuan.

Peguam Lt Komander (B) Zalil Mohd Mess, yang mewakili Fadzil, memberitahu hari ini, bahawa jika rayuan itu masih tidak didengar dalam tempoh tiga bulan, beliau akan memohon supaya perintah penangguhan itu dibatalkan, dan akan memfailkan permohonan baru supaya kerajaan dan Majlis Angkatan Tentera dikenakan tindakan kerana menghina mahkamah.

Fadzil, 49, mengemukakan permohonan semakan kehakiman pada 12 Disember 2008, dengan berkata, Panglima Angkatan Tentera memberitahunya bahawa siasatan Majlis Angkatan Tentera mendapati beliau cuai dalam urusan pembelian peralatan termasuk robot Andros dan pakaian anti bom.

Beliau mengemukakan rayuan tetapi ditolak dengan alasan persaraannya disebabkan oleh pembatalan perkhidmatannya oleh Yang di-Pertuan Agong, tetapi menurutnya, beliau tidak menerima sebarang surat berhubung perkara itu.

Fadzil berkata, keputusan Majlis Angkatan Tentera menamatkan perkhidmatannya adalah salah dan tidak sah kerana beliau tidak diberi hak untuk didengar dan tidak diberi sebarang sebab.

Katanya, keputusan itu membuat beliau dilihat sebagai seorang penipu yang bersubahat dengan kontraktor dan pegawai atasan untuk menipu kerajaan. - BERNAMA
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Pegawai TUDM tarik balik tindakan terhadap kerajaan"

Catat Ulasan