Rejimen Artileri Diraja ditubuhkan di Kajang pada 15 Ogos 1957 dengan satu Bateri dimana sebahagian besar anggota-anggotanya ketika itu terdiri daripada bekas anggota Artileri Diraja yang pernah berjuang di Pulau Belakang Mati, Singapura semasa Perang Dunia II. Pada tahun 1957, seorang pegawai dari Malaya Command telah dihantar ke Singapura untuk mempelawa rakyat Malaya yang berkhidmat di 1st Singapore Regiment Royal Artillery untuk berkhidmat di Bateri Meriam Tentera Persekutuan. Seramai 89 anggota telah bersetuju dan bersedia untuk berkhidmat dengan Tentera Persekutuan. Maka pada 15 Ogos 1957, tertubuhlah 1st Field Battery di Kajang, Selangor dengan dianggotai oleh seramai 89 anggota. Bateri ini menggunakan meriam jenis 25 pounder dan pegawai yang mula menjawat jawatan sebagai Ketua Bateri ialah Maj P Sherston Baker MC, RA. Pada 16 Julai 1959, Kapt. N.T Lopez iaitu pegawai Tentera Persekutuan yang ulung telah mengambil alih jawatan Ketua Bateri 1st Field Battery dari Mej. M. Barkeley RA. Pada tahun 1962, pihak Kerajaan British telah membuat keputusan untuk menubuhkan sebuah bateri artileri untuk Tentera Persekutuan di Semenanjung Tanah Melayu.
Peranan Rejimen Artileri Diraja adalah untuk memberi bantuan tembakan yang berkesan kepada pasukan tempur di medan pertempuran supaya pihak musuh tidak dapat mengganggu operasi pasukan sahabat atau tidak dapat mengatur rancangan operasi mereka dengan efektif.
Rejimen Artileri kini dilengkapi dengan pelbagai meriam jarak dekat (10 km) dan sederhana (45 km),sistem pelancar roket berganda (90 km), meriam serta peluru berpandu anti pesawat. Rejimen Artileri turut mempunyai peralatan dan radar pengesan persenjataan musuh serta peralatan kajicuaca bagi memudahkan data-data tembakan diberi dengan cepat dan tepat.
Pelancar roket berganda atau Multiple Rocket Launcher (MRL) adalah sejenis sistem artileri roket tanpa panduan. Sepertimana artileri roket lain, pelancar roket berganda adalah kurang tepat dan kadar tembakannya kurang berbanding meriam artileri tradisional. Walaubagaimanapun, ia memiliki keupayaan untuk menggugurkan beratus-ratus kilogram bahan letupan secara serentak beserta kesan memusnah yang hebat dan jejari lingkungan yang lebih besar.
BM-13 Katyusha
Peluru berpandu permukaan ke udara
Peluru berpandu permukaan ke udara (Bahasa Inggeris: Surface-to-air missile) atau (SAM) merupakan sebuah peluru berpandu yang direka untuk dilancarkan dari darat untuk memusnahkan pesawat. Ia juga kadang kala dipanggil sebagai peluru berpandu darat ke udara. Peluru berpandu ini merupakan sejenis sistem pertahanan udara.
SAM yang berpangkalan di darat boleh diatur gerak dengan menggunakan pelantar tetap atau pelancar bergerak, baik dalam bentuk kenderaan beroda mahupun kenderaan berunut. Kenderaan berunut biasanya berperisai dan direka khas untuk membawa SAM. SAM yang lebih besar mungkin dilancarkan dengan menggunakan pelantar tetap yang boleh dibuka dan dipasang semula pada sebarang masa. SAM terkecil boleh dibawa dan dilancarkan oleh seorang tunggal. SAM jenis ini juga dikenali sebagai Sistem Pertahanan Udara Bawaan Bahu (MANPADS). MANPADS buatan Soviet telah dieksport ke seluruh dunia dan masih boleh didapati di bekas negara pelanggannya. Negara-negara lain juga telah membangunkan sistem MANPADS mereka sendiri.
SAM juga digunakan dengan meluas di atas kapal. Hampir semua kapal permukaan dapat dipasang dengan SAM. Sebenarnya, SAM merupakan suatu kemestian kapal perang permukaan di barisan hadapan. Beberapa jenis kapal perang dibina khusus untuk peperangan anti-udara, misalnya penjajap kelas Ticonderoga yang dilengkapi dengan sistem tempur Aegis atau penjajap kelas Kirov dengan sistem peluru berpandu S-300PMU Favorite.
Sasaran untuk SAM bukan bawaan bahu biasanya dikesan oleh radar carian udara lalu dijejak sebelum/semasa SAM "dikunci" dan kemudian ditembak. Sasaran berpotensi, jika berbentuk pesawat tentera, akan dikenal pasti sebagai kawan atau lawan sebelum diserang.
Peluru berpandu permukaan ke udara pada asalnya dibangunkan oleh Jerman Nazi yang amat sangat tertekan oleh penguasaan udara Tentera Pihak Berikat, menjelang akhir Perang Dunia II. Antara peluru berpandu tersebut yang dibangunkannya termasuk Wasserfall. Walau bagaimanapun, tidak adanya sebarang sistem berfungsi yang pernah digunakan oleh Jerman Nazi dalam perang itu.
Jenis-jenis peluru berpandu | |
---|---|
Mengikut platfom | Udara ke udara · Udara ke permukaan · Permukaan ke udara · Permukaan ke permukaan · Peluru berpandu balistik · Peluru berpandu balistik antara benua · Peluru berpandu balistik lancaran kapal selam · Peluru berpandu anti balistik · Peluru berpandu kruis · Peluru berpandu anti kapal · Roket anti kapal selam · Peluru berpandu anti kereta kebal · Senjata anti satelit · Peluru berpandu balistik lancaran udara |
Mengikut panduan | |
Senarai |
0 ulasan: on "Rejimen Artileri Diraja (RAD)"
Catat Ulasan