Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 3 September 2010

Veteran tentera terima sumbangan raya RM1.53 juta

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seramai 3,062 anggota veteran serta waris mereka telah menerima sumbangan berbentuk wang tunai melibatkan peruntukan sebanyak RM1.53 juta sebagai bantuan bagi meringankan beban mereka dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera (JHEV), Mej. Jen. Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, kategori penerima sumbangan bagi bantuan kebajikan JHEV itu adalah Veteran ATM yang berumur 70 tahun ke atas, balu Veteran ATM, anak yatim Veteran ATM, Veteran ATM di rumah orang tua dan juga Veteran ATM yang kurang upaya.

Beliau sebelum itu menyampaikan sumbangan kepada 25 warga veteran ATM yang sedang menjalani rawatan dialisis di Pusat Dialisis Yayasan Veteran ATM di Sunway Batu Caves hari ini.

Pada majlis itu, warga veteran berkenaan menerima sumbangan RM300 seorang. - Bernama


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Veteran tentera terima sumbangan raya RM1.53 juta"

Catat Ulasan