Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Mustar Buta Hati Dan Tuli


Kumpulan pendemonstrasi Indonesia, Benteng Demokrasi Rakyat, Bendera, diwakili koordinatornya, Mustar Bona Ventura Manurung mahukan semua rakyat Indonesia kini bermastautin di Malaysia dibawa pulang dan mendesak Indonesia memutuskan hubungan diplomatik dengan negara kita.

Mustar harus berfikir secara lebih kritis.

Mengapakah lebih 2 juta warganegara Indonesia berada di Malaysia?

Mereka sanggup diperbodohkan sindiket warga sendiri, membeli dokumen palsu, antaranya MyCard dan permit kerja daripada mereka.

Mengapa? Kerana mereka ingin tinggal di sini.

Sebilangan pendatang tanpa izin Indonesia lain sanggup tinggal di pinggir dan di dalam hutan tanpa bekalan air dan elektrik untuk mengelak daripada diberkas pihak berkuasa Malaysia.

Mengapa? Kerana mereka ingin terus mencari rezeki di Malaysia.

Jika kehidupan mereka lebih senang dan selesa di Indonesia, masakan mereka berduyun-duyun masuk ke Malaysia samada secara sah atau sebaliknya.

Barangkali Mustar buta mata hati dan tuli.

Dia tidak mengetahui hakikat sebenar. Majoriti rakyat Malaysia juga sudah jelek melihat kebanjiran rakyat senegaranya di sini.

Dalam kenyataan kepada media, Mustar berkata kegiatan memprotes Malaysia akan terus diperhebatkan. Barangkali, Jalur Gemilang akan terus dipijak dan dibakar lagi tanpa menyedari di bawah Jalur Gemilang itu berteduh jutaan rakyat Indonesia.

Sumber : Mazidul Akmal Sidik

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Mustar Buta Hati Dan Tuli"

Catat Ulasan