Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Singapura

Republik Singapura
Republic of Singapore
新加坡共和国
சிங்கப்பூர் குடியரசு
Bendera Singapura Lambang negara Singapura
Bendera Lambang negara
Cogan kata: Majulah Singapura
Lagu: Majulah Singapura(Onward Singapore)
Lokasi Singapura
Ibu negara Bandar Raya Singapura 1
1°17′N 103°51′E / 1.283°N 103.85°E / 1.283; 103.85
Bandar raya terbesar Bandar Raya Singapura1
Bahasa rasmi Melayu
Kerajaan Republik berparlimen
- Presiden Sellapan Ramanathan
- Perdana Menteri Lee Hsien Loong
Kemerdekaan
- Perisytiharan satu pihak (dari UK) 31 Ogos 1963
- Secara rasmi dari UK (sebagai negeri di Malaysia) 16 September 1963
- Dari Malaysia 9 Ogos 1965
- Air (%) 1.444
Penduduk
- Anggaran Disember 2006 4,483,900 (ke-117)
- Banci 2000 4,117,700
KDNK (PPP) Anggaran 2006
- Jumlah $145.183 bilion (54)
- Per kapita $32,866.670 (17)
HDI (2004) 0.916 (tinggi) (25)
Mata wang Dolar Singapura (SGD)
Zon waktu SST (UTC+8)
Internet TLD .sg
Kod panggilan 652
1 Singapura merupakan sebuah negara bandar.
2 02 dari Malaysia.

Republik Singapura ialah sebuah negara di Asia Tenggara yang terletak di penghujung Semenanjung Malaysia, berhampiran dengan Negeri Johor Darul Takzim (Malaysia) dan Kepulauan Riau (Indonesia).

Negara yang seluas 692.7 km persegi ini lebih besar daripada Monaco dan Vatican City merupakan negara terkecil di Asia Tenggara. Jumlah penduduknya telah mencecah 5 juta dengan bantuan imigrasi. Kadar ini dijangka terus meningkat, dan disasar meningkat ke 6.5 juta dalam satu dekad. Demografik negara adalah seperti berikut: bangsa Cina (76.8%); Melayu (13.95%); India (7.9%) dan lain-lain (1.4%). Kemelut kaum jarang berlaku di Singapura.

Singapura termashyur dunia atas kecapaian ekonominya, negara tersebut diiktiraf negara yang termaju Asia Tenggara dan merupakan salah daripada empat harimau Asia. Pakar ekonomi belanda Albert Winsemius bertanggung jawab merumuskan rancangan ekonominya yang berfokus Foreign Direct Investment dan pembangunan dipacu kerajaan berjaya merealisasikan ekonomi berpaksikan industri, pendidikan and perancangan bandar.Kecapaian ini merupakan hasil polisi ekonomi bebas dipelopori kerajaan tersebut. Kadar hidup penduduk tempatan diakui jauh lebih tinggi daripada negara-negara jirannya.

Bahasa-bahasa yang digunakan di Singapura adalah Inggeris (rasmi dan perantaraan), Melayu (bahasa kebangsaan), Cina (Mandarin) dan India (Tamil).

Isi kandungan

Sejarah

Rencana utama: Sejarah Singapura

Sejarah Singapura bermula pada kurun ke-14 Masihi. Pada masa itu, Singapura dikenali sebagai Temasek, salah satu pelabuhan dan bandar terpenting di rantau Nusantara. Ia berada di bawah pemerintahan kerajaan Srivijaya di Palembang yang pada masa itu sedang mengalami kemunduran.

Selepas hilangnya kuasa Srivijaya ke atas Temasek, ia dituntut oleh kerajaan Majapahit dan kerajaan Ayuthia (Siam). Namun kubu pertahanan bandar tersebut berhasil menghalang serangan Siam. Pada waktu itu juga, nama Temasek berubah menjadi Singha Pura, atau "Bandar Singa" dalam bahasa Sanskrit.

Inggeris tiba di Singapura pada tahun 1819 Sir Thomas Stamford Raffles menetapkannya sebagai sebuah pusat perdagangan.

Dari kurun 19 hingga 20, Singapura merupakan jajahan Inggeris dan menjadi salah satu anggota Negeri-Negeri Selat (Straits Settlements) bersama Pulau Pinang dan Melaka.

Singapura berada di bawah penjajahan Jepun pada tahun 1942 hingga 1945 iaitu pada ketika Inggeris kalah dalam Perang Dunia II. Singapura dikembalikan kepada kerajaan Inggeris pada akhir Perang Dunia. Dan pada tahun 1959 diberi hak untuk memerintah secara sendiri. Pada September 1963, Singapura menganggotai Persekutuan Malaysia tetapi berpisah dua tahun kemudian. Pada 9 Ogos 1965, Singapura merdeka dan didirikan sebagai sebuah negara republik.

Singapura membangun dengan pesat dan menjadi sebuah negara yang berjaya dari segi ekonomi. Ia mempunyai perhubungan dagang yang kuat, sebuah pelabuhan yang sibuk, dan GDP per kapita yang setanding dengan negara-negara di Eropah Barat.

Politik

Rencana utama: Politik Singapura

Perlembagaan Singapura berdasarkan sistem Westminster kerana Singapura merupakan bekas jajahan United Kingdom. Jawatan Presiden adalah simbolik dan kuasa memerintah berada di tangan Perdana Menteri yang merupakan ketua parti politik yang memiliki kedudukan majoriti di Parlimen.

Arena politik dikuasai oleh Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang telah memerintah sejak Singapura merdeka. Pemerintah PAP sering dikatakan memperkenalkan undang-undang yang tidak memberi kesempatan untuk parti-parti pembangkang tumbuh dengan efektif. Cara pemerintahan PAP dikatakan lebih cenderung kepada autoritarian daripada demokrasi yang sebenarnya. Namun, cara pemerintahan tersebut berhasil menjadikan Singapura sebuah negara yang maju, bebas daripada rasuah dan memiliki pasaran ekonomi yang terbuka. Para ahli politik menganggap Singapura sebuah negara yang berfahaman 'Demokrasi Sosialis'

Ekonomi

Rencana utama: Ekonomi Singapura
Singapore Stock Exchange

Singapura memiliki sebuah pasaran ekonomi yang maju dan terbuka dengan KDNK (keluaran dalam negara kasar) per kapita kelima tertinggi di dunia. Bidang eksport, perindustrian dan perkhidmatan merupakan aspek-aspek terpenting dalam ekonomi Singapura. Kerajaan Singapura memiliki simpanan wang yang tinggi dengan memperkenalkan sistem penyimpanan wang wajib kepada para pekerja. Lihat: Tabung Simpanan Pekerja (CPF). Singapura juga mengambil berat akan bidang pendidikan dan teknologi. Era globalisasi yang terjadi pada saat ini menyebabkan Singapura memberi lebih perhatian kepada usaha untuk menjadikan negara tersebut sebagai sebuah pusat kewangan dan teknologi di rantau Asia.

Geografi

Rencana utama: Geografi Singapura
Patung Merlion di Esplanade

Singapura, sebuah negara pulau sebesar 692.7 km² tercantum kepada Johor melalui sebuah tambak di Woodlands. Singapura juga mempunyai sebuah jambatan (Laluan Kedua Malaysia-Singapura) yang bersambung dengan kawasan Gelang Patah di Johor. Jambatan tersebut dikenali sebagai 'Linkedua' di Malaysia. Singapura memiliki beberapa pulau-pulau kecil yang lain seperti Pulau Tekong, Pulau Ubin dan Pulau Sentosa.

Demografi

Rencana utama: Demografi Singapura

Singapura merupakan salah satu negara yang paling padat di dunia. 85% daripada rakyatnya tinggal di rumah pangsa yang disediakan oleh Majlis Pembangunan Perumahan (HDB). Sumber: Jabatan Statistik Singapura

Penduduk Singapura terdiri daripada majoriti etnik Cina (76.8%), etnik Melayu yang merupakan penduduk asal (13.9%), dan etnik India (7.9%). Sumber: Jabatan Statistik Singapura Banci Penduduk 2000.

Bahasa-bahasa rasmi adalah Inggeris, Melayu, Cina (Mandarin) dan Tamil. Bahasa Melayu juga merupakan bahasa kebangsaan tetapi lebih bersifat simbolik; ia digunakan untuk menyanyikan lagu kebangsaan dan juga sewaktu latihan kawat pasukan tentera dan polis. Pemerintah PAP lebih cenderung kepada penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar (lingua franca) dan penggunaan bahasa kebangsaan hanya terbatas kepada kaum Melayu saja. Hanya segelintir daripada kaum Cina dan India yang fasih dalam bahasa Melayu (majoriti daripada mereka telah melalui masa Singapura sebelum merdeka).

Budaya

Rencana utama: Kebudayaan Singapura
Tugu Merlion

Singapura adalah sebuah negara kecil yang didiami keturunan pendatang dari pelbagai kaum dan penduduk asalnya adalah orang Melayu. Pada masa ini sebuah budaya "Singapura" yang unik belum berputik kerana tren perkahwinan antara kaum tidak berleluasa. Namun, sebuah kumpulan masyarakat yang dikenali sebagai kaum Peranakan atau 'Baba' wujud hasil daripada perkahwinan di antara masyarakat Melayu dan Cina pada masa silam. Setiap kaum di Singapura masih berpegang teguh kepada adat dan budaya masing-masing dan ini dibuktikan dengan adanya pelbagai perayaan yang terdapat di Singapura seperti: Tahun Baru Cina, Hari Vesak, Hari Raya Puasa, Hari Raya Haji, Deepavali, Krismas dan Tahun Baru.

Lihat juga

Pautan luar

Panorama Singapura dari Marina Bay

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Singapura"

Catat Ulasan