Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Protes kita biar secara berhemah

PERBUATAN melempar najis manusia ke premis Kedutaan Malaysia dan membakar serta memijak Jalur Gemilang merupakan perbuatan orang tidak berpelajaran dan tidak berakal. Mereka yang mengupah para penunjuk perasaan tersebut tidak menggunakan akal yang dikurniakan oleh Tuhan Yang Maha Esa.

Saya bersetuju dengan pendapat bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, rakyat Malaysia juga perlu menyuarakan protes terhadap perbuatan seperti itu. Namun ia perlu dilakukan secara berhemah. Kita harus ingat orang Melayu di Malaysia cara kehidupan hariannya penuh beradab dan bersopan dan jangan kita mengikuti perbuatan para anggota Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Para penunjuk perasaan tersebut tidak berterima kasih kepada Malaysia yang telah membenarkan ribuan rakyat Indonesia tinggal dan bekerja di Malaysia.

Mereka juga lupa bahawa ramai rakyat Indonesia yang masuk secara haram tetapi tidak menerima hukuman berat seperti sebatan dengan rotan.

Mengapa tidak rakyat Indonesia mencuba memasuki negara jiran Singapura secara haram? Sudah tentu mereka ini akan menerima hukuman penjara dan sebatan. Mereka lupa ramai rakyat Indonesia yang masuk ke Malaysia melakukan jenayah yang telah menimbulkan masalah sosial.

Saya menyeru kepada para anggota Bendera agar mengadakan demonstrasi besar-besaran mendesak kerajaan mereka (Indonesia) agar mengadakan pekerjaan bagi ribuan rakyat Indonesia yang bekerja di Malaysia.

Jangan membiarkan rakyat Indonesia mencari makan di negara orang. Mereka juga harus menyeru rakyat Indonesia yang berada di Malaysia jangan melakukan jenayah kerana perbuatan mereka akan memalukan negara mereka dan Bendera Sang Saka Merah Putih.

MOHAMED MANSOR ABDUL RAHMAN

Pengerusi Malaysia Watch Group

Kuala Lumpur


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Protes kita biar secara berhemah"

Catat Ulasan