Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 2 September 2010

PM Mahu Media Arus Perdana Terus Lapor Fakta Tepat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meminta agar media arus perdana meneruskan laporan berita berdasarkan fakta yang tepat untuk terus kekal mendapat tempat di kalangan masyarakat.

Beliau berkata media arus perdana kini menghadapi saingan sengit daripada media baru seperti blog dan laman-laman web yang lebih bersifat peribadi dan tidak menyediakan laporan berdasarkan fakta tepat.

Justeru itu, beliau berkata media arus perdana perlu kreatif dan inovatif dalam penyampaian berita yang baik dan terus tetap mendapat tempat di kalangan masyarakat.

"Kalau kita baca media arus perdana, intuitifnya adalah laporan yang tidak boleh disangkal, daripada segi faktanya ada pendapat, ada kecenderungan tapi asasnya, prinsipnya ialah berdasarkan kepada fakta.

"Oleh itu, saya ingin menggalakkan media arus perdana untuk terus berpegang kepada peranannya sebagai akhbar yang mensajikan laporan berdasarkan fakta yang disulami dengan pendapat yang bernas, ilmiah dan berdasarkan kepada fakta yang sebenarnya," katanya.

Perdana Menteri berkata demikian pada majlis berbuka puasa bersama media di News Straits Times (NST), Jalan Riong dekat sini pada Khamis.

Selain itu, Najib berkata masyarakat juga mesti mempunyai keupayaan untuk membuat penilaian yang boleh membezakan kekuatan media arus perdana, yang masih ada dalam era teknologi maklumat pada hari ini.

Dalam pada itu, Najib sekali lagi menekankan bahawa sebagai seorang ketuakerajaan, beliau amat komited untuk melakukan transformasi yang besar kepadanegara.

"Apa yang saya lihat (melalui) gambar dan akhbar, kita berada dalam perjalanan. Pengasas-pengasas telah membina negara dan hari ini menjadi kewajipan kita untuk meneruskan perjalanan itu dan membawa transformasi," katanya.

Terdahulu, Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor dibawa melawat balai berita NSTP di tingkat empat sebelum berbuka puasa bersama kira-kira 500 warga media di pekarangan bangunan berkenaan. - BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "PM Mahu Media Arus Perdana Terus Lapor Fakta Tepat"

Catat Ulasan