Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Kejayaan Bunuh Komunis Pengalaman Berharga Abd Hadi

KANGAR: Bekas anggota tentera Abd Hadi Kassim dilahirkan sebelum negara merdeka, namun pengalamannya menentang komunis selepas negara bebas daripada belenggu penjajah, merupakan antara kenangan yang tidak dapat dilupakan.

Berbekalkan semangat mahu berbakti kepada negara, beliau menyertai Regimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ketika berusia 18 tahun serta memulakan latihan di Kem Terendak, Melaka mulai 23 Ogos 1971, dan di situ bermula kehidupan barunya sebagai anggota tentera yang memakai nombor 28259.

Menurutnya, antara detik yang tidak dapat dilupakan dalam hidupnya sebagai anggota tentera ialah semasa menyertai operasi membanteras komunis di kawasan hutan Bentong, Pahang pada 27 Ogos 1981, yang berakhir dengan kejayaan membunuh dua pengganas tersebut.

Ketika ditemui di kediamannya di Kampung Kubang Mat Tanggok, Arau dekat sini hari ini, Abd Hadi berkata kejadian itu berlaku ketika beliau bersama sembilan anggota tentera Kompeni A, Kem Batu 5, Mentakab, Pahang dalam perjalanan pulang ke kem setelah seminggu berada di dalam hutan, apabila rakan sepasukan yang berjalan di depan memberi isyarat bahawa ada musuh di kawasan itu.

"Saya melihat dua pengganas komunis, seorang beruniform dan seorang lagi berpakaian biasa, sedang berehat di atas bukit kira-kira pukul 3. 15 petang. Saya percaya mereka bukan orang awam kerana ia merupakan kawasan perintah berkurung," katanya.

Yakin bahawa mereka adalah komunis, Abd Hadi berkata selepas mengatur strategi, beliau melepaskan tembakan dan pelurunya mengenai pengganas beruniform yang berada kira-kira 80 meter daripadanya.

Setelah lelaki itu rebah ke tanah, rakan komunis itu membalas tembakan namun tidak mengenai sasarannya.

"Masa saya sedang menembak ke arah musuh, salah seorang musuh membalas tembakan ke arah kami dan mengenai beberapa batang pokok getah yang berada di belakang kami.

Peluru itu berada kira-kira dua kaki di atas kepala kami," katanya yang menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-57 hari ini.

Ketika memeriksa kawasan berhampiran mayat pengganas itu, rakannya yang cedera cuba mencapai bom tangan di pinggangnya, namun Abd Hadi dengan pantas menembaknya pada bahagian muka menyebabkan anggota komunis itu mati serta-merta.

"Sewaktu mayat kedua-dua pengganas komunis itu dibawa balik ke kem menaiki trak, saya memeriksa beg yang berada bersama-sama musuh dan mendapati terdapat seekor binatang dikenali sebagai dekan masih hidup, beberapa biji petai yang telah dibuang kulit dan coli wanita berada di dalam beg tersebut," katanya.

Hasil kejayaan itu, beliau ditauliahkan pangkat Koperal pada 1982, iaitu setahun selepas peristiwa itu.

Kini, anak keduanya Abdul Rahman, 34, mengikuti jejak langkahnya sebagai anggota tentera dan bertugas di Kor Agama, Markas Staf Stesen Pulau Pinang.-BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kejayaan Bunuh Komunis Pengalaman Berharga Abd Hadi"

Catat Ulasan