Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 4 September 2010

SKMM diminta bertindak tegas

PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mahu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bertindak tegas terhadap mereka yang menyalahgunakan laman jaringan sosial Facebook untuk menghina dan mengutuk agama, kaum dan peribadi seseorang secara keterlaluan.

Perdana Menteri berkata, dengan menggunakan peruntukan undang-undang sedia, SKMM perlu mengambil tindakan sewajarnya kerana penyalahgunaan laman sosial internet itu boleh menjejaskan keamanan dan kesejahteraan negara.

SKMM kena bertindak tegas dalam menangani perkara ini sebab ini adalah sesuatu perkara yang tidak boleh kita benarkan.

Kita tidak melindungi mana-mana pihak yang cuba menyentuh soal yang terlalu sensitif atau mencemar kemuliaan agama, katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan zakat dan sumbangan peribadi kepada lebih 4,000 golongan kurang bernasib baik dalam kawasan Parlimen Pekan termasuk bukan Islam sempena sambutan Aidilfitri, di sini semalam. Hadir sama, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Najib diminta mengulas mengenai isu penyalahgunaan Facebook oleh sesetengah individu dan terbaru membabitkan isu penghinaan kalimah Allah oleh wanita dikenali Katy Lim Li Lian.

Beliau berkata, rakyat sepatutnya sedar bahawa laman web itu bukan satu kebebasan mutlak yang membolehkan mereka melakukan apa saja.

Terdahulu, Najib dan Rosmah menyampaikan duit raya menerusi sumbangan zakat berjumlah RM1.23 juta kepada 4,000 golongan kurang bernasib baik yang disumbangkan Bank Rakyat iaitu RM500,000, Tabung Haji (RM282,000), UDA Holdings (RM200,000), Amanah Raya Berhad (RM200,000) dan Yayasan Harmoni (RM50,000).

Malah, Najib turut menyampaikan sumbangan peribadi kepada 176 golongan miskin kaum Cina dan India di Pekan.

Sementara itu di KUALA LUMPUR, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin juga mengingatkan pemilik Facebook tidak menggunakan media alternatif itu untuk mempermainkan isu agama dan berbaur sensitif kerana ia boleh mencetuskan masalah keselamatan serta menjejaskan hubungan antara kaum.

Beliau berkata, kerajaan mahu pihak berkuasa segera bertindak menangani perkara itu bagi mengelakkan salah guna kemudahan berkenaan daripada berterusan, sekali gus menyebabkan isu sensitif merebak.

Isu agama dan kaum antara faktor penting yang menentukan keamanan negara. Jika tidak dipelihara dan dihormati, ia boleh cetuskan kemarahan, katanya.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "SKMM diminta bertindak tegas"

Catat Ulasan