Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 4 September 2010

Ulama mahu Geert Wilders dipancung

AMSTERDAM: Seorang ulama terkenal Australia yang menggelar ahli politik anti-Islam Belanda, Geert Wilders, sebagai syaitan menggesa supaya pemimpin Parti Kebebasan itu dipancung.

Laporan itu disiarkan akhbar terbesar Belanda, De Telegraf, di muka depannya mengenai ucapan ulama itu, Feiz Muhammad. Laman web ulama itu menyatakan, beliau mempunyai pejabat di Malaysia.

De Telegraf menyiarkan satu klip audio berbahasa Inggeris menunjukkan Feiz merujuk Wilders sebagai syaitan, iblis, ahli politik di Belanda itu dan menjelaskan sesiapa yang bercakap mengenai Islam seperti Wilders sepatutnya dihukum pancung.

Akhbar itu tidak menyatakan bila ucapan itu dibuat tetapi mengakui agensi perisikan Belanda mempunyai salinannya.

Wilders ketika ini sedang dibicarakan di Belanda atas tuduhan menghasut kebencian dan diskriminasi terhadap orang Islam.

Pemimpin Parti Kebebasan itu juga membuat filem bertajuk Fitna pada 2008 yang menuduh kitab al-Quran sebagai menghasut keganasan dan mencampurkan gambar serta serangan pengganas dengan ayat daripada kitab suci itu.

Tuduhan ke atas Wilders juga berpunca daripada retoriknya yang dianggap keterlaluan kepada media termasuk satu artikel kepada sebuah akhbar Belanda apabila beliau menyifatkan Islam sebagai fasis dan al-Quran umpama Mein Kampf iaitu buku nukilan pemimpin Nazi, Adolf Hitler.

Baru-baru ini, Wilders diberi perhatian media atas rancangannya untuk berucap menentang usaha membina masjid dekat lokasi kejadian 9/11 di New York pada 11 September depan apabila hampir 3,000 terbunuh selepas beberapa pesawat merempuh Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Tahun ini adalah ulang tahun ke-9 kejadian berkenaan yang turut mengorbankan 300 orang Islam, sesuatu yang jarang disebut media Barat.

Pandangan Wilders menjadikannya popular di kalangan golongan warga senegara yang tidak selesa dengan komitmen kerajaan kepada konsep kepelbagaian budaya. REUTERS/Agensi

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Ulama mahu Geert Wilders dipancung"

Catat Ulasan