Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Masyarakat diseru bantu pahlawan negara


ZULKIFLEE Mazlan (kiri) menerima replika cek sumbangan bernilai RM10,000 daripada Zulhasnan Rafique sempena Rayuan Hari Pahlawan, di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Sept. - Masyarakat diseru supaya memainkan peranan bersama kerajaan bagi membantu meringankan beban pahlawan negara yang telah banyak berkorban dalam menjaga keamanan negara tercinta.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mejar Jeneral Datuk Zulkiflee Mazlan berkata, selain kerajaan dan JHEV, masyarakat juga perlu berterima kasih dan menghargai jasa golongan tersebut dalam menjaga kesejahteraan negara.

"Caranya, masyarakat boleh memberi sumbangan kepada Tabung Rayuan Hari Pahlawan 2010 yang telah memulakan kutipan bermula 1 Julai lalu.

"Hasil sumbangan akan diagihkan kepada golongan pahlawan negara yang memerlukan, khususnya pesara ATM serta balu dan anak-anak mereka," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian setelah menerima sumbangan cek daripada Yayasan Amal Wangsa untuk tabung tersebut bernilai RM10,000 yang disampaikan oleh Penaung yayasan itu yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Seri Zulhasnan Rafique.

Sambutan Hari Pahlawan 2010 yang bertemakan 'Rakyat Sejahtera Jasa Pahlawan Dikenang' akan diadakan selama tiga bulan dan berakhir pada 30 September ini.

Majlis pelancaran telah diadakan pada 19 Julai lalu oleh isteri Perdana Menteri yang juga Penaung Rayuan Hari Pahlawan, Datin Seri Rosmah Mansor.

Zulkiflee berkata, setakat hari ini, kempen itu telah berjaya mengumpul kutipan sebanyak RM5.8 juta hasil sumbangan daripada syarikat-syarikat korporat dan orang perseorangan.

Menurutnya, jumlah itu jauh lebih baik berbanding RM880,000 yang dikumpul sepanjang tempoh kempen selama tiga bulan pada tahun lalu.

"Kutipan akan disalurkan melalui JHEV dengan kerjasama Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) yang mempunyai 121,000 ahli di seluruh negara," katanya.

Beliau berkata, kutipan pada tahun ini dilakukan di tempat-tempat tumpuan umum seperti gedung beli-belah, terminal pengangkutan awam, institusi pengajian tinggi (IPT) serta sekolah di seluruh negara.

Zulkiflee dalam pada itu berkata, sumbangan boleh dibuat kepada akaun Tabung Rayuan Hari Pahlawan bernombor 10-595-000-320-1 (Affin Bank) atau melalui wakil daripada JHEV di seluruh negara serta PBTM yang akan turun padang dalam menjayakan kutipan itu.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Masyarakat diseru bantu pahlawan negara"

Catat Ulasan