Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 4 September 2010

Budaya balik kampung

BEBERAPA hari lagi, ribuan kereta akan kelihatan di lebuh-lebuh raya bumper to bumper menghala ke kampung halaman masing-masing.

Mari kita fikirkan hal-hal berkaitan balik kampung. Pertama, bajet pasti akan melambung, kereta perlu dibaik pulih, bahagian-bahagian yang belum perlu ditukar kena ditukar, malah bila masuk ke bengkel, ada saja perkara baru yang timbul dan pihak bengkel akan menakut-nakutkan kita akan ‘bahaya’ kalau tak tukar. Jadi, kereta saja akan menelan belanja beratus-ratus ringgit.

Itu belum masuk duit minyak, tol dan sebagainya.

Sampai di kampung, kereta-kereta dari bandar ini akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di pekan-pekan kecil dan bandar-bandar ibu negeri, menimbulkan kemarahan orang tempatan dan memeningkan kepala anggota-anggota polis yang terpaksa tidak berhari raya disebabkan kemalangan dan jenayah kecil.

Namun apa yang paling menyedihkan ialah bilangan orang Melayu yang akan terkorban di jalan-jalan raya, kadang-kadang seluruh keluarga tak sempat bertemu dengan ibu bapa dan kaum keluarga.

Bila ada kematian, kesan-kesan sosio-ekonominya juga teruk, ibu di kampung yang hanya bergantung kepada anak menghantar wang tiap bulan, sekarang anak tidak ada lagi, dan macam-macam lagi. Kesimpulannya ialah budaya balik kampung ini amat membimbangkan dan menyedihkan kerana ramai orang Melayu akan mati di jalan-jalan raya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Budaya balik kampung"

Catat Ulasan