KITA harus berhati-hati dengan permainan politik kotor dan bodoh yang dimainkan oleh satu pertubuhan di Indonesia yang bukannya diwakili oleh majoriti rakyatnya. Mereka sekarang menunggu tindak balas kita. Seandainya kita bertindak balas maka hasrat mereka dan pemimpin tertentu di Malaysia akan tercapai iaitu menghuru-harakan negara dan meretakkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Indonesia.
Seandainya kita tidak melayan bahkan tidak mempedulikan, lama-kelamaan berhentilah mereka.
Sanggupkah mereka hari-hari membeli bendera kita kemudian memijak dan membakar serta sanggupkah mereka hari-hari membungkus najis sendiri, membawa dan membaling di kedutaan kita? Takut tangan mereka yang terpalit najis. Perbuatan mereka menunjukkan ketidakmatangan dan perlukah kita bertindak balas?
Kita juga harus berhati-hati kerana pasti ada orang kita sendiri yang cuba mengambil kesempatan dengan bertindak balas bertujuan untuk melaga-lagakan antara Malaysia dan Indonesia.
Kalau dulu kita dihidangkan dengan demonstrasi ganas jalanan, ini mungkin juga taktik terbaru kumpulan yang gilakan kuasa di negara ini. Ia dilakukan supaya kerajaan sekarang dilihat buruk dan bermasaalah serta mengalihkan perhatian kerajaan yang sedang memberi tumpuan kepada rakyat kepada masalah baru.
Sebenarnya kisah membakar dan memijak bendera adalah cara lama menunjukkan perasaan. Ia agak tidak berkesan di zaman sekarang.
Selama ini berapa banyak bendera Israel yang orang Islam buat sendiri kemudian dipijak dan bakar namun mereka terus menguasai dunia. Ia adalah perbuatan sia- sia.
Betullah kata-kata Tun Dr Mahathir bahawa mereka orang yang bodoh. Jika kita ikut bertindak balas maka kita juga tergolong dalam golongan orang yang bodoh.
Rakyat Indonesia sebenarnya tidak sebodoh mereka ini. Mengapa kita harus merosakkan persahabatan yang kita akui sebagai bangsa serumpun ini hanya kerana tindakan beberapa orang bodoh yang sengaja ingin merosakkan hubungan antara dua negara? Kita perlu terus hormat-menghormati dan tolong menolong. Janganlah kita hilang pertimbangan kerana tindakan bodoh beberapa orang bodoh yang ada agenda tersembunyi.
Kita harus ingat sekiranya kita bergaduh dengan orang gila maka kitalah yang akan diketawakan. Jangan kita ikut menari dengan rentak mereka serta terperangkap dengan jerat mereka. Biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya.
BANGSA SERUMPUN
0 ulasan: on "Malaysia tidak harus bertindak balas"
Catat Ulasan