Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Susilo minta rakyat jangan bertindak ganas

JAKARTA: Presiden Susilo Bambang Yudhoyono mengingatkan rakyat Indonesia agar tidak menggunakan cara ganas dalam tindakan mereka berikutan kejadian baru-baru ini di kawasan sempadan maritim dengan Malaysia.

Berucap secara langsung menerusi televisyen dari Ibu Pejabat Tentera Indonesia (TNI) malam tadi, Presiden berkenaan berkata tindakan ganas akan hanya mencetuskan lebih banyak keganasan dan merumitkan lagi masalah itu.

"Kita perlu menjaga imej dan personaliti sebagai negara yang bermaruah di kalangan masyarakat antarabangsa tanpa menjejaskan dasar luar yang bebas dan aktif," katanya, dipetik daripada laporan Jakarta Post Online, malam tadi.

Susilo melahirkan harapan agar Indonesia dan Malaysia akan dapat menyelesaikan masalah di kawasan sempadan itu tanpa melakukan pemusnahan.

"Cara Indonesia dan Malaysia menangani pertikaian ini diperhati dengan dekat oleh jiran kita di Asia dan masyarakat antarabangsa.

"Sebagai pengasas ASEAN, Indonesia pernah menjadi model ikutan bagi jirannya di Asia Tenggara dan negara lain di rantau lain dalam menangani konflik mereka," katanya.

Beliau berjanji akan menyelesaikan pertikaian itu dengan secara aman seberapa segera yang boleh. – Agensi

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Susilo minta rakyat jangan bertindak ganas"

Catat Ulasan