Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Khamis, 2 September 2010

Jaminan keselamatan warga Indonesia

SEPANG: Kerajaan, semalam memberi jaminan keselamatan kepada kira-kira dua juta rakyat Indonesia yang kini berada di Malaysia, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Hishammuddin berkata, walaupun sehingga kini beliau belum menerima sebarang laporan mengenai insiden keganasan membabitkan warga Indonesia di negara ini, namun Kementerian Dalam Negeri (KDN) tetap mengambil langkah berjaga-jaga.

"Keselamatan mereka (warga Indonesia) memang sentiasa terjamin. Sebab itulah saya memberi jaminan kepada rakyat Indonesia yang berada di bumi Malaysia atau datang ke sini bahawa keselamatan mereka terjamin," katanya pada sidang media sebelum berbuka puasa bersama warga Imigresen yang bertugas di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Seri Mahmood Adam dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman.

Pada majlis sama, Hishammuddin turut menyampaikan kuih raya kepada Ketua Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Subang, Depot Tahanan Imigresen KLIA, Depoh Lenggeng di Negeri Sembilan dan Manchap Umbu, Melaka.

Mengulas lanjut, Hishammuddin berkata, beliau juga menyambut baik kenyataan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono yang mahu semua isu yang mencetuskan ketega-ngan antara Malaysia dan Indonesia diselesaikan secara rundingan, berhemah dan bijaksana

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Jaminan keselamatan warga Indonesia"

Catat Ulasan