Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Indonesia Beri Jaminan Keselamatan Penuntut Malaysia

MELAKA: Kementerian Pendidikan Indonesia memberi jaminan keselamatan terhadap lebih 6,000 penuntut Malaysia yang sedang belajar di negara itu daripada ancaman gerakan anti Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin berkata Menteri Pendidikan Indonesia Mohammad Nuh sudah menghubungi beliau memaklumkan bahawa mereka mengambil berat soal keselamatan penuntut Malaysia di negara itu.

"Mereka beri jaminan pelajar Malaysia berjumlah lebih 6,000 orang berada dalam keadaan selamat dan terkawal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa bersama staf dan pelajar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) di Durian Tunggal dekat sini, pada Rabu.

Turut hadir pada majlis itu Naib Canselor UTeM Datuk Prof Dr Ahmad Yusoff Hassan.Mohamed Khaled berkata dalam masa sama, Mohammad meminta kerajaan Malaysia memberi jaminan keselamatan kepada kira-kira 10,000 penuntut Indonesia yang belajar di negara ini.

Menteri Pengajian Tinggi itu berkata kementeriannya telah memaklumkan kepada para penuntut Malaysia di Indonesia agar mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada ancaman gerakan anti Malaysia.

"Kita telah beritahu perkara yang boleh mereka buat dan perkara yang mereka jangan buat supaya tidak mengundang masalah yang membawa ancaman kepada diri mereka," katanya.

Beliau berkata pertubuhan penuntut Malaysia di Indonesia juga diminta memainkan peranan menjaga keselamatan anggota masing-masing.Sehubungan itu, Mohamed Khaled meminta ibu bapa supaya jangan bimbang terhadap keselamatan anak-anak mereka yang sedang belajar di Indonesia.

Terdahulu semasa berucap, Mohamed Khaled berkata pinjaman oleh 2,162 penuntut institusi pengajian tinggi berjumlah RM59.6 juta daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah ditukarkan kepada biasiswa selepas mereka memperoleh kepujian kelas pertama, pada tahun ini.-BERNAMA


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Indonesia Beri Jaminan Keselamatan Penuntut Malaysia"

Catat Ulasan