Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Belum ada larangan ke Indonesia


NAJIB (dua dari kiri) bersama Muhyiddin (kiri) melihat kad Selamat Hari Kemerdekaan yang dicipta oleh murid-murid SK Bukit Damansara di Putrajaya semalam.


PUTRAJAYA - Kerajaan belum bercadang mengeluarkan nasihat larangan melawat Indonesia walaupun berlaku insiden terbaru dalam gerakan anti-Malaysia apabila kediaman seorang jurutera Malaysia di Kalimantan dilontar batu minggu lepas.

Menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau perlu berbincang dengan Wisma Putra sebelum nasihat larangan lawatan itu dikeluarkan.

Kata beliau, ia merupakan satu perkara yang serius melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

"Kita ada banyak kepentingan... kerajaan, perniagaan dan hubungan persahabatan dengan Indonesia.

"Jadi kita perlu pertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini, kita tidak akan keluarkan nasihat ini kecuali jika keadaan menjadi lebih buruk," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas menerima buku mengandungi ucapan selamat Hari Kemerdekaan daripada pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Damansara dekat sini yang turut ditandaatangani oleh pelajar dari tiga sekolah di Singapura.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Belum ada larangan ke Indonesia"

Catat Ulasan