Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 4 September 2010

Rujuk pejabat, majlis agama sebelum belajar agama

URUN 5 Sept. - Orang ramai yang ingin belajar agama perlu merujuk dahulu kepada pejabat agama daerah atau majlis agama Islam negeri mengenai sesuatu tempat belajar bagi mengelak terjebak dalam kumpulan ajaran sesat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, ini bagi memastikan tempat yang mereka pilih untuk belajar agama itu mempunyai tauliah untuk mengajar agama.

Beliau berkata, niat mengajar agama itu sememangnya baik tetapi orang ramai perlu memastikan tempat yang mereka pilih itu adalah tempat yang sepatutnya dan bukan mengajar ajaran sesat.

"Tempat ajaran sesat adanya unsur-unsur khayalan dan menyeronokkan yang menyebabkan orang mudah terpedaya. Ia macam satu tawaran yang menarik... orang yang banyak buat silap dan rasa berdosa mahu membersihkan diri dan apabila adanya cara mudah, mereka akan terpedaya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan zakat dan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada orang miskin dan masjid-masjid dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Gurun di sini hari ini. - Bernama


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Rujuk pejabat, majlis agama sebelum belajar agama"

Catat Ulasan