Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Emas milik Maharaja terakhir Rusia di Tasik Baikal?


GAMBAR menunjukkan Tsar Nicholas II (kiri) yang merupakan maharaja terakhir Rusia bergambar bersama keluarganya.


CAPE TOLTSY, Rusia - Harta karun berbentuk emas bernilai berbilion-bilion pound sterling milik maharaja Rusia atau dikenali dengan gelaran Tsar dipercayai ditemui di dasar tasik paling dalam di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Sejak beberapa hari lalu, krew sebuah kapal selam mini, Mir-2 menemui banyak objek bersinar seperti emas semasa melakukan kerja pemetaan di Tasik Baikal pada kedalaman 400 meter dari permukaan air.

Sebelum ini, legenda tempatan menyatakan bahawa sejumlah 1,600 tan emas hilang apabila sebuah kereta api komander tentera diraja Rusia tergelincir dan terjunam ke dalam Tasik Baikal di negeri Siberia.

Emas itu dipercayai milik Maharaja Rusia terakhir, Tsar Nicholas II dari Dinasti Romanov yang memerintah negara itu pada tahun 1900 tetapi baginda dibunuh dalam revolusi komunis Bolshevik selepas Perang Dunia Pertama pada 16 Julai 1918 oleh anggota-anggota tentera komunis.


KAPAL selam Mir-2 menemui objek bersinar seperti emas di dasar Tasik Baikal di Siberia baru-baru ini.


Pada tahun lalu, bangkai kereta api dan sejumlah kotak berisi peluru ditemui di dalam tasik itu tetapi baru-baru ini, Mir-2 membuat penemuan terbaru itu di sini.

"Beberapa kapal selam menemui blok segi empat tepat bersinar seperti emas, 400 meter di bawah permukaan tasik," kata satu sumber.

Krew-krew kapal selam berkenaan cuba mengambil beberapa objek bersinar itu menggunakan tangan robot tetapi gagal kerana permukaan tasik yang berselut dan berpasir.

Sumber-sumber memberitahu, krew-krew kapal selam itu tahu lokasi emas berkenaan dan merancang misi baru bagi mengesahkan penemuan tersebut ta

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Emas milik Maharaja terakhir Rusia di Tasik Baikal?"

Catat Ulasan