Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Konfrontasi tidak selesai pertikaian - Rieke


Nasharuddin Mat Isa (tiga dari kanan) mengatakan sesuatu kepada Rieke Dyah Pitaloka (kiri) dan Pengerusi Migrant Kongres, Anis Hidayah (dua dari kiri) sambil diperhatikan Ketua Pemuda Pas Pusat, Salehuddin Ayub (dua dari kanan) ketika menerima kunjungan delegasi DPR Indonesia di Parlimen, semalam.


KUALA LUMPUR 1 Sept. - Seorang ahli pembangkang di Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia mengakui konfrontasi seperti yang dilakukan oleh kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) Indonesia bukan kaedah terbaik untuk menyelesaikan isu yang menjadi pertikaian kedua-dua negara.

Rieke Diah Pitaloka daripada Parti Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDI-P) berkata, tindakan Bendera untuk berdemonstrasi dan mengusir rakyat Malaysia tidak sepatutnya dilakukan kerana orang awam tidak harus mengambil alih tugas kerajaan untuk menghukum pihak yang lain.

''Saya sama sekali tidak bersetuju dengan konfrontasi dan saya juga menolak kekerasan dalam bentuk apa pun. Sweeping (tindakan usir) ini, jangan sampai masyarakat awam mengambil alih tugas negara,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menemui ahli-ahli Parlimen Pas yang diketuai Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa di bangunan Parlimen di sini hari ini.

Bersama-sama Rieke ialah tiga wakil daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Indonesia iaitu Migrant Care yang berkempen membela nasib pekerja rakyat republik itu di negara ini.

Beliau yang menganggotai parti pimpinan bekas Presiden Indonesia, Megawati Sukarnoputri mengulas tindakan Bendera melakukan demonstrasi sambil melontar najis manusia ke Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 23 Ogos lalu.

Dalam kejadian terbaru di Ketapang, Kalimantan Barat, pada Ahad lalu, kediaman seorang jurutera Malaysia dilontar batu oleh sekumpulan lima lelaki yang memakai lilitan kepala bertulis 'Ganyang Malaysia.'

Rieke, pelakon terkenal membintangi filem Laskar Pelangi pada 2008 ialah antara ahli DPR yang lantang mengkritik Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang disifatkan terlalu berlembut dengan Malaysia berhubung isu pertikaian sempadan perairan kedua-dua negara dan penderaan pekerja Indonesia di negara ini.

Beliau sedar, rakyat Malaysia tersinggung dengan tindakan Bendera itu tetapi berharap ia tidak menjejaskan tumpuan semua pihak untuk mendesak kerajaan kedua-dua negara menyelesaikan isu berbangkit berlandaskan prinsip menghormati hak asasi manusia.

''Bukan sahaja rakyat Malaysia yang tersinggung, malah, kami di Indonesia juga merasai perasaan sama apabila majikan yang mendera tenaga kerja kita sampai mati dibebaskan tanpa hukuman tetapi ini tidak harus menyebabkan kita hilang fokus.

''Fokus kita adalah untuk mendesak supaya rundingan kedua-dua negara termasuk pertemuan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman dengan rakan sejawatnya dari Indonesia, Dr. Marty Natalegawa di Kota Kinabalu pada Isnin ini memberikan tumpuan kepada persoalan hak asasi manusia dan bukan semata-mata soal perniagaan," katanya.

Dalam pada itu, Nasharudin pada sidang akhbar sama berkata, kedua-dua pihak yang mewakili parti pembangkang di Malaysia dan Indonesia bersedia mengambil daya usaha untuk memperbaiki hubungan kedua-dua negara.

''Antara cadangan di pihak kita supaya diwujudkan Kaukus Ahli Parlimen Malaysia bagi membincangkan langkah-langkah bagi merapatkan hubungan kedua-dua negara.

''Kita mahu mewujudkan hubungan sejati bukan sahaja antara pemerintah kedua-dua negara tetapi dapat dirasai oleh masyarakat,'' ujarnya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Konfrontasi tidak selesai pertikaian - Rieke"

Catat Ulasan