Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 1 September 2010

Tiada cadangan keluar larangan ke Indonesia - PM

01/09/2010 5:01pm

PUTRAJAYA 1 Sept. Kerajaan belum bercadang mengeluarkan nasihat larangan melawat Indonesia walaupun berlaku insiden terbaru dalam gerakan anti-Malaysia apabila kediaman seorang jurutera Malaysia di Kalimantan dilontar batu pada minggu lepas.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau perlu berbincang dengan Wisma Putra sebelum nasihat larangan lawatan itu dikeluarkan kerana ia merupakan satu perkara yang serius yang melibatkan kepentingan kedua-dua negara.

"Kita ada banyak kepentingan... kerajaan, perniagaan dan hubungan persahabatan dengan Indonesia.

“Jadi kita perlu pertimbangkan dengan sebaik-baiknya. Pada peringkat ini, kita tidak akan keluarkan nasihat ini kecuali jika keadaan menjadi lebih buruk,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. - Bernama


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Tiada cadangan keluar larangan ke Indonesia - PM"

Catat Ulasan