Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Sabtu, 25 Jun 2011

Rondaan di taman laut


PENGUATKUASA JTLM sentiasa melakukan rondaan untuk memastikan tiada pencerobohan di taman laut.


BARU-BARU ini beberapa wakil media mendapat peluang mengikuti operasi penguatkuasaan oleh Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di perairan Pulau Tioman dalam usaha memulihara khazanah biodiversiti marin negara.

Operasi dijalankan dengan menggunakan tiga kapal peronda, diketuai oleh Kapal Taman Laut 1 Permata (KTL 1 Permata) dan dua lagi bot peronda laju taman laut (PTL), PTL 1 dan PTL 4.

Manakala pegawai penguatkuasa yang mengetuai operasi ialah Mohd. Asri Awalluddin, yang berpangkat Pegawai Memerintah Atas Kapal bersama lapan lagi anak kapal yang terdiri daripada anggota penguatkuasa dan dua jurutera enjin.

Enjin ketiga-tiga kapal dihidupkan tepat pukul 9.30 malam dan kami bergerak meninggalkan Jeti Taman Laut Pulau Tioman menuju ke arah utara Pulau Tioman.

Masa dan hala tuju pasukan penguatkuasa ini dirahsiakan bagi memastikan kejayaan operasi.

Kepentingan penguatkuasaan taman laut

Merungkai kepentingan operasi penguatkuasaan di perairan taman laut di negara ini, Ketua Pengarah JTLM Dr. Sukarno Wagiman berkata, operasi penguatkuasaan adalah kaedah terbaik bagi kerajaan untuk terus melindungi khazanah biodiversiti yang dimiliki Malaysia.

Malaysia dianugerahkan perairan yang mengandungi pelbagai spesies kehidupan marin yang indah, sesuai dengan tarafnya antara 12 negara yang mempunyai kehidupan mega biodiversiti terbesar di dunia.

Perlindungan berterusan diperlukan memandangkan kehidupan marin terdedah kepada ancaman aktiviti manusia dan fenomena alam seperti El-Nino dan peningkatan suhu global yang menjurus ke arah kemusnahan.

Justeru, sebagai langkah pencegahan, sebanyak 42 kawasan perairan di Malaysia iaitu di Terengganu, Pahang, Johor dan Kedah diwartakan sebagai taman laut dan ini bermakna kawasan yang diwartakan itu adalah zon larangan bagi sebarang aktiviti menangkap ikan menurut peruntukan di bawah Akta Perikanan 1985 (Pindaan 1994).

"Di bawah peruntukan itu mana-mana orang yang melakukan kesalahan menangkap ikan di kawasan larangan Taman Laut boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau 2 tahun penjara atau kedua-duanya sekali," katanya.

Pada tahun 2010, anggota penguatkuasaan JTLM menangani sebanyak 47 kes yang melibatkan pelbagai kategori kapal dan kesalahan.

Kapal yang menggunakan pukat tunda adalah kapal yang mencatatkan kes kesalahan tertinggi iaitu 65 peratus keseluruhan kes tangkapan diikuti pukat hanyut (13 peratus), pukat jerut (11 peratus) dan lain-lain 11 peratus dan melibatkan jumlah kompaun RM111,800," katanya.

Penguatkuasaan Mikro

Menyedari aktiviti pelancongan di sekitar taman laut juga mampu membawa kemusnahan kepada terumbu karang, JTLM juga pada tahun ini banyak bertegas dalam penguatkuasaannya dan meningkatkan penguatkuasaan mikro di semua taman laut dengan memberi tumpuan kepada kerosakan terumbu karang secara langsung dan tidak langsung.

"Jika sebelum ini penguatkuasaan tertumpu kepada aktiviti pencerobohan nelayan di taman laut, penguatkuasaan mikro akan melibatkan pengawasan aktiviti rekreasi dan kesalahan melibatkan pelancong dan orang awam.

"Pihak penguatkuasa akan bertindak secara terus memantau segala aktiviti dalam air terutama di kawasan perairan taman laut. Sebagai contoh mengawasi aktiviti pelancong seperti "snorkeling" dan skuba yang boleh merosakkan batu karang dan hidupan lain," katanya.

Dr. Sukarno menjelaskan, pemantauan di tempat tumpuan pelancong dan orang awam dengan menggunakan perkhidmatan penyelam JTLM yang bertauliah juga akan ditingkatkan bagi memastikan penguatkuasaan mikro dapat terus melindungi kehidupan marin daripada terus terancam.

"Kerjasama daripada pengendali pelancongan dan pengusaha chalet sekitar taman laut juga kita jalinkan, dengan mereka bertindak sebagai pemberi maklumat dan menasihatkan kepada pelancong tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan di taman laut," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Rondaan di taman laut"

Catat Ulasan