AISYAH ABU BAKAR & ALI ABU TALIB
Sebenarnya ada orang-orang yang membunuh Usman r.a menyamar di antara umat Islam . Mereka tidak suka melihat Aisyah r.a dan Ali k.w bersatu. Oleh kerana itu mereka merencanakan untuk mengadu domba mereka. Di pagi hari yang gelap para pembunuh Usman menyerang pasukan Aisyah yang sedang tidur dengan nyenyaknya.
Pasukan Aisyah menyangka pasukan Ali mengkhianati mereka. Untuk mempertahankan diri mereka, pasukan Aisyah menyerang pasukan Ali. Pasukan Ali menyangka pasukan Aisyah telah mengkhianati mereka. Akibatnya terjadilah perang Jamal.
MUAWIYAH & ALI ABU TALIB
Muawiyah menolak berbai’ah kepada Ali bukan kerana tidak setuju dengan kekhalifahan Ali.Tapi beliau menginginkan agar Ali menjatuhkan hukuman hudud terlebih dahulu kepada pembunuh Usman.
Di sisi Amirul Mukminin Ali bin Abi Thalib, beliau bukan sengaja membiarkan pembunuh Usman berkeliaran dengan bebas. Tetapi umat Islam yang sedang terpecah belah menyebabkan beliau mengalami kesukaran untuk mengambil tindakan apapun.
MUAWIYAH DAN HASSAN ALI
Apabila Ali bin Abi Thalib k.w dibunuh, maka orang ramai melantik anaknya Hasan sebagai khalifah yang baru. Akan tetapi Hasan menginginkan kemaslahatan dan persatuan umat Islam, sehingga beliau memutuskan untuk memberikan jawatan khalifah kepada Mu’awiyah dan kemudian membai’ah Mu’awiyah sebagai
khalifah umat Islam yang baru.
Orang menuduh bahwa Muawiyah pembunuh Hasan. Padahal tidak ada bukti yang mengaitkan Muawiyah dengan pembunuhan Hasan. Sampai sekarang tidak
diketahui siapa yang meracuni Hasan.
YAZID MUAWIYAH DAN HUSSIN ALI
Setelah Yazid dibai’ah menjadi khalifah, Husain menerima surat dari penduduk Kufah. Yang menulis surat tersebut adalah kaum Syi’ah dan para pembunuh Usman. Isi surat tersebut adalah mengundang Husain untuk datang ke Khuffah guna dilantik sebagai khalifah.
Ketika Yazid menerima berita keberangkatan Husain dan keluarganya ke Khuffah, beliau memerintahkan gabernornya di Basrah, Ubaidullah bin Ziyad, untuk ke Kufah guna memperhatikan pergerakan Husain dan penduduk Kufah tetapi akibat suasana yang tegang di Kufah, pergerakan Husain ke Kufah dan sikap Ubaidullah yang tergopoh-gapah, menyebabkan terbunuhnya Husain dan sebagian keluarganya di Karbala.
Adalah sebuah fitnah yang mengatakan bahwa Yazid memerintahkan pembunuhan Husain dan menyuruh membawa kepala Husain kepadanya. Sebenarnya Yazid merasa sangat sedih ketika mendengar Husain dibunuh oleh Ubaidullah bin Ziyad. Ubaidullah memerintahkan agar Husain dibunuh dan kepalanya di bawa kepadanya.
Akibat perbuatannya tersebut, Ubaidullah bin Ziyad dibunuh.
0 ulasan: on "Sejarah Buktikan Salah Faham dan Fitnah racun kepada Islam"
Catat Ulasan