Terima kasih wahai teman
Di atas kejujuran yang kau berikan
Tatkala aku amat memerlukan
Dalam mencari sebuah pengharapan
.
Jujurmu dalam berkata
Mencelikkan mataku yang telah lama buta
Dek kerana melayan perasaanku semata
Jujurmu itu bagiku teramatlah bermakna
.
Seringkali hatiku terluka
Angkara helah, tipu daya manusia tiada berjiwa
Kau ungkapkan kejujuranmu segala
Meleraikan persoalan yang bermain di minda
.
Walau itu ku anggap suatu jawapan
Yang mungkin telah lama kau simpan
Yang mungkin juga akan kau berikan
Bila sampai waktu yang bertepatan
.
Jika itu satu kejujuran darimu
Pastiku redha dihatiku yang satu
Akanku simpan segala kata-katamu
Walau rinduku untukmu datang bertermu
0 ulasan: on "Ku sanjung kejujuranmu"
Catat Ulasan