Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 10 Februari 2012

ATM : Jenazah Pegawai Staf UNIFIL selamat tiba di tanah air

Suasana di Bangunan Pergerakan Udara Pangkalan Udara Subang di selubungi kehibaan dan kesedihan yang jelas terpancar dari setiap individu yang hadir untuk menyambut ketibaan jenazah Allahyarham Lt Kol Habibullah bin Hj Ismail yang tiba dari Lubnan.

Allahyarham Lt Kol Habibullah bin Hj Ismail yang bertugas sebagai Pegawai Staf UNIFIL telah kembali ke Rahmatullah pada 6 Feb 2012 jam 2030 ekoran serangan jantung.

Jenazah Allahyarham selamat tiba di Pangkalan Udara Subang pada 9 Feb 2012 lebih kurang jam 2230 dan jenazah Allahyarham telah disolatkan di Masjid Al-Muhajirin, Pangkalan Udara Subang. Sebelum itu, jenazah Allahyarham turut diberi penghormatan terakhir oleh semua petugas PBB UNIFIL di Rafiq Hariri Airport, Beirut, Lubnan sebelum diterbangkan ke tanah air.

Setelah disolatkan, jenazah Allahyarham diterbangkan dengan pesawat milik TUDM ke Alor Star, Kedah Darul Aman untuk disemadikan. Semua warga Angkatan Tentera Malaysia dengan tulus ikhlas menyampaikan salam takziah kepada kaum keluarga Allahyarham dan mendoakan agar Allahyarham ditempatkan bersama-sama orang-orang yang soleh. Amin


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Jenazah Pegawai Staf UNIFIL selamat tiba di tanah air"

Catat Ulasan