Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 10 Februari 2012

ATM : PAT terima tabik hormat kawalan kehormatan utama Angkatan Tentera Myanmar

Dalam rangka Lawatan Pengenalan Rasmi YBhg Panglima Angkatan Tentera ke Myanmar baru baru ini, beliau telah membuat Kunjungan Hormat ke atas General Min Aung Hlaing, Myanmar Commander-in Chief of Defence Services (Panglama Angkatan Tentera Myanmar).

Rombongan YBhg Panglima Angkatan Tentera telah bertolak dari Lapangan Terbang Antarabangsa Yangon dengan pesawat CN-235 milik TUDM dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Nay Pyi Taw sejam kemudian. Rombongan YBhg PAT telah disambut oleh Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera Myanmar dan kemudian berkereta ke Markas Angkatan Tentera Myanmar yang terletak di Zeyarthiri Beikman yang mengambil masa hampir sejam perjalanan.

Setiba YBhg PAT di Zeyarthiri Beikman, beliau disambut oleh General Ming Aung Hlaing dan para Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera Myanmar. YBhg PAT menerima Tabik Hormat dari Kawalan Kehormatan Utama Angkatan Tentera Myanmar. Lagu Kebangsaan Malaysia, Negara Ku dimainkan disusuli dangan lagu kebangsaan Myanmar.

YBhg PAT kemudian melakukan pemeriksaan ke atas Kawalan Kehormatan Utama Angkatan Tentera Myanmar diiringi General Min Aung Hlaing sendiri.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : PAT terima tabik hormat kawalan kehormatan utama Angkatan Tentera Myanmar"

Catat Ulasan