Sejak mengambilalih tampok pimpinan Angkatan Tentera Malaysia pada Julai 2011, ini merupakan Lawatan Pengenalan Rasmi YBhg Panglima Angkatan yang ulung ke Myanmar dalam usaha mengeratkan persahabatan ketenteraan di antara kedua-dua negara serantau ini. Penerbangan yang dijangka mengambil masa 5 jam dari Pangkalan Udara Subang, walau bagaimanapun selamat mendarat di LapanganTerbang Antarabangsa Yangon, Myanmar 30 minit lebih awal.
Rombongan YBhg Panglima Angkatan Tentera telah disambut oleh para Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera Myanmar serta Penasihat Ketenteraan Malaysia di Myanmar bersama isteri masing-masing. Rombongan YBhg Panglima Angkatan Tentera turut di perkenalkan kepada Pegawai-pegawai Kanan Angkatan Tentera Myanmar sebelum beredar ke tempat penginapan.
0 ulasan: on "ATM : Lawatan pengenalan Panglima Angkatan Tentera ke Myanmar"
Catat Ulasan