Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong membalas tabik hormat sempena Perbarisan Istiadat Memuliakan Baginda Tuanku di Dataran Panglima Tentera Darat, Kem Sungai Besi baru-baru ini. SPB YDP Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah telah melakar sejarah di lantik sebagai SPB YDP Agong dan sebagai Pemerintah Tertinggi ATM buat kali kedua. Semua warga ATM berdoa ke hadrat Illahi semoga SPB YDP Agong dan SPB Raja Permaisuri Agong dilanjutkan usia dan dikurniakan taufik, hidayah dan keberkatan untuk memerintah Kerajaan Malaysia dan ATM ke arah kemajuan, kegemilangan dan kesejahteraan yang berterusan serta selamat bersemayam di atas singgahsana memayungi Malaysia dan jajahan takluknya serta rakyat jelata dalam keadaan selamat, aman dan sentosa.
Daulat Tuanku...
Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah mempamerkan satu perbarisan yang dapat dibanggakan ketika Perbarisan Istiadat Memuliakan SPB YDP Agong ke XIV selaku Pemerintah Tertinggi ATM baru-baru ini di Dataran PTD. Lima kontingen, Rejimen Askar Melayu Diraja, Rejimen Renjer Diraja, Kor Amor Diraja, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Tentera Udara Diraja Malaysia telah begembeling tenaga untuk mempersembahkan satu perbarisan penuh adat istiadat ATM. Perbarisan mempersembahkan "Hormat Diraja", lagu " Negaraku" dimainkan dan diikuti 21 das Tembakan Kehormatan serta Terbang Lintas Hormat oleh pesawat helikopter ATM.
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong diiringi Panglima Angkatan Tentera melakukan Pemeriksaan Perbarisan sempena Istiadat Perbarisan Memuliakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke XIV selaku Pemerintah Tertinggi ATM di Dataran PTDSeri Paduka Baginda yang di Pertuan Agong XIV Selaku Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia berserta Raja Permaisuri Agong berkenan mencemar duli untuk bergambar bersama-sama YBhg Panglima Angkatan Tentera dan Panglima-panglima Perkhidmatan bersama-sama isteri masing-masing di Wisma Perwira Tentera Darat, Kem Sungai Besi, Kuala Lumpur. Angkatan Tentera Malaysia melalui Panglima Angkatan Tentera telah menyampaikan cendera kenangan dalam lukisan Istana Negara, Jalan Duta kepada Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XIV, Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Al-Marhum Sultan Badlishah.
0 ulasan: on "Pemerintah Tertinggi ATM"
Catat Ulasan