Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan
Agong, KeBawah Duli Yang Maha Mulia Al Sultan Almu’tasimu Billahi
Muhibbuddin Tuanku Al Haj Abdul Halim Muadzam Shah ibni Almarhum Sultan
Badlishah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Khutbah Khas
dan Solat Jumaat sempena Sambutan Hari Angkatan Tentera Malaysia Ke-79
yang diadakan di Masjid Negara pada 21 Sep 12 yang lalu. Ketibaan beliau
telah disambut oleh Panglima Tentera Udara, Jen Tan Sri Dato’ Sri
Rodzali bin Daud dan Ketua Staf MK ATM, Lt Jen Datuk Raja Mohamed
Affandi bin Raja Mohamed Noor serta Pegawai-pegawai Kanan ATM.
Bacaan Khutbah Jumaat telah disampaikan
oleh Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera, Brig Jen Dato’ Hj Mustafa bin
Abd Manaf yang bertajuk “ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – KOMITMEN KAMI
KEYAKINAN ANDA”, sejajar dengan tema sambutan Hari Angkatan Tentera
Malaysia pada tahun ini. Antara isi kandungan khutbah berkenaan adalah
kepentingan untuk rakyat bersama-sama berganding bahu dengan Angkatan
Tentera Malaysia dan agensi-agensi keselamatan yang lain dalam
memastikan keamanan dan kedaulatan Negara terus terpelihara dan
dikekalkan. Selain itu, khutbah juga menyeru kepada rakyat untuk
menghayati pengorbanan oleh pejuang-pejuang terdahulu yang telah
menumpahkan keringat bakti setia tanpa goyah sehingga mengalami
kecederaan dan kecacatan.
Turut hadir dalam acara tersebut adalah
Mantan-mantan Panglima Angkatan Tentera dan Panglima Perkhidmatan serta
kira-kira 1000 orang pegawai dan anggota lain-lain pangkat ATM di
sekitar Lembah Klang.
Ditulis oleh Mej Zuhairy bin Limat | |
Isnin, 24 September 2012 12:59 |
0 ulasan: on "ATM : Khutbah Khas Dan Solat Jumaat Sempena Sambutan Hari ATM Ke-79"
Catat Ulasan