Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 24 September 2012

ATM : Istiadat Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-79


Istiadat Perbarisan Sempena Hari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Ke-79 yang juga disambut pada 16 Sep telah diadakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan pada 18 Sep 12 bertempat di Pangkalan Udara Subang. Pada tahun ini, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) telah diberikan mandat untuk mengkoordinasikan perbarisan tersebut.

Pegawai Tabik Hormat pada perbarisan ini ialah Panglima Angkatan Tentera Malaysia (PAT), Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli bin Mohd Zin. Turut hadir sama pada perbarisan ini ialah Panglima Tentera Laut (PTL), Panglima Tentera Udara (PTU), Timbalan Panglima Tentera Darat (TPTD), Panglima-Panglima, pegawai-pegawai serta anggota-anggota dari ketiga-tiga cabang perkhidmatan.

Perbarisan ini terdiri daripada 29 orang pegawai dan 448 anggota dari perkhidmatan Darat, Laut dan Udara. Sebanyak 6 panji-panji dari Tentera Darat, 4 panji-panji dari Tentera Laut dan 4 panji-panji dari Tentera Udara telah terlibat dengan perbarisan ini. Panji-panji dari Tentera Darat ialah dari 1 Rejimen Askar Melayu Diraja, 6 Rejimen Renjer Diraja, 3 Kor Armor Diraja, 71 Rejimen Semboyan Diraja, Rejimen Askar Jurutera Diraja 2 Div, 1 Rejimen Artileri Diraja PARA, dan 72 Kor Perkhidmatan Diraja. Panji-panji dari Tentera Laut ialah dari KD PELANDOK, KD MALAYA, KD RAJAWALI dan KD PANGLIMA HITAM. Panji-panji dari Tentera Udara ialah dari Kolej Tentera Udara, 2 Skuadron, 3 Skuadron dan 6 Skuadron.


Pada perbarisan ini juga, PAT telah menyampaikan Anugerah Khidmat Cemerlang kepada anggota tentera dan awam yang sedang berkhidmat. Penerima-penerima anugerah tersebut ialah Kaharudin bin Mansor dari Markas Tentera Darat - OPLAT, Mohd Sabri bin Uda Shaari dari 91 RAJD, Maimon binti Shaari dari Markas Tentera Laut - Tadbir, Rahanah binti Yusof dari Markas Tentera Laut - Risik, Shahrizan bin Sahrum dari Markas Tentera Laut - Tadbir, Zainal Abidin bin Omar dari Markas Tentera Udara, Salmiah binti Mohd Shafari dari Markas Tentera Udara - Khidmat Material dan Noraidillah binti Abd Latiff dari Pangkalan Udara Kuantan. Manakala bagi Anugerah Siaga PAT, penerima dari Tentera Darat ialah 21 Grup Gerak Khas (GGK), dari Tentera Laut ialah KD LEKIU dan dari Tentera Udara ialah Pangkalan Udara Kuantan.

Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun ke-79 Angkatan Tentera Malaysia pada 16 September 2012.

Angkatan Tentera Malaysia “Tunggak Kedaulatan Negara”

“ANGKATAN TENTERA MALAYSIA – KOMITMEN KAMI KEYAKINAN ANDA”

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "ATM : Istiadat Perbarisan Sempena Hari Ulang Tahun ATM Ke-79 "

Catat Ulasan