Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 23 Jun 2013

Raudhah Umrahajj : Rukun Haji




IBADAT haji merupakan salah satu rukun Islam yang mesti dilaksanakan oleh setiap Muslim yang mukalaf (cukup syaratnya). Dengan itu, hukum melaksanakan haji adalah wajib sekali seumur hidup apabila cukup syarat-syaratnya. Bagi setiap Muslim perlulah berazam untuk melaksanakan ibadat haji kerana ia perintah Allah SWT yang wajib ditunaikan bagi melengkapkan Rukun Islam yang kelima.

Rukun haji ialah pekerjaan yang mesti ditunaikan oleh jemaah haji, jika tidak ditunaikan sama ada sengaja atau tidak maka tidak sah hajinya. Rukun-rukun haji ialah :

1. Niat ihram haji

Niat ihram haji ini dilafaz serta berqasad dalam hati ingin mengerjakan haji dengan lafaz "Sahaja aku mengerjakan haji dan aku berihram dengannya kerana Allah SWT" (untuk Haji Tamattuk dan Haji Ifrad).

Manakala lafaz "Sahaja aku mengerjakan haji dan umrah serentak dengannya aku berihram haji dan umrah kerana Allah SWT" (bagi mereka yang mengerjakan Haji Qiran).

Dengan lafaz ini, maka bermulalah amalan haji. Jemaah perlu menjaga perkara-perkara wajib haji seperti larangan dalam ihram.

Lafaz atau niat ihram boleh dilakukan walaupun tanpa dalam keadaan berwuduk (bersuci) seperti berada dalam haid dan lain-lain kerana lafaz niat haji tidak disyaratkan dalam keadaan bersuci.

Sememangnya lafaz itu disebutkan semasa atau sebelum melintas miqat. Bagi mereka yang sudah berada di Tanah Suci Mekah, miqatnya di Mekah itu sendiri dan perlu berpakaian ihram.

Jika jemaah datang dari luar Mekah, ia mestilah berniat ihram di tempat arah mereka datang. Contohnya, kalau dari Madinah tempat miqat di Bir Ali (Zulhulaifah), dari Malaysia dan terus memasuki Mekah, miqatnya di Qarnul Manazil. Bagi mereka yang tidak berniat ihram haji di miqat maka dikenakan dam tertib dan taqdir (menyembelih seekor kambing atau 1/7 daripada lembu/ unta).

2. Wuquf di Padang Arafah

Wuquf bermaksud berhenti atau berada di Padang Arafah pada masa yang ditetapkan. Ia adalah merupakan salah satu daripada rukun haji yang sangat penting kerana Nabi SAW bersabda, "Haji itu mesti berwuquf di Arafah."

Fahaman daripada itu bererti jemaah yang sudah berpakaian ihram dan berniat ihram mesti berada atau pergi ke Padang Arafah. Jika tidak, hajinya tidak sah.
Wuquf di Arafah bermaksud mesti berada di Arafah walaupun seketika dalam sebarang keadaan dari masa gelincir matahari (masuk waktu Zuhur) pada 9 Zulhijjah sehingga sebelum masuk waktu Subuh pada 10 Zulhijjah.

Pada hari tersebut, disunatkan banyak melakukan solat sunat, berdoa, berzikir dan lain-lain. Berdoa di Arafah adalah salah satu tempat yang mustajab berdoa.

Tidak disunatkan berpuasa pada hari Arafah dan dilarang sama sekali melakukan perkara-perkara yang khurafat.

3. Tawaf Rukun Haji

Tawaf bermaksud mengelilingi Kaabah sebanyak tujuh pusingan, bermula di penjuru Hajarul Aswad dan berakhir pada sudut yang sama menurut syarat-syarat tertentu.

Pada asasnya ia mempunyai tujuh jenis iaitu tawaf qudum (tawaf selamat datang), tawaf rukun umrah, tawaf rukun haji, tawaf sunat, tawaf nazar, tawaf wada' (tawaf selamat tinggal), tawaf tahiyatul al-bait dan tawaf tahallul

Waktu untuk tawaf haji bermula pada waktu melebihi separuh malam pada malam 10 Zulhijjah.

4. Sa'ie Haji

Sa'ie ialah berjalan ulang-alik di antara Bukit Safa dan Bukit Marwah menurut syarat-syarat iaitu :

a) Hendaklah dilakukan selepas melaksanakan Tawaf Qudum (bagi mereka yang masuk Mekah untuk melakukan Haji Qiran dan Ifrad) atau selepas tawaf haji.

Bagi mereka yang masuk Mekah dengan niat ihram umrah, tawaf qudum terjadi dengan serentak bersama tawaf rukun umrah.

b) Mesti bermula di Bukit Safa dan berakhir di Bukit Marwah. Jangan mula di tengah-tengah antara Bukit Safa dan Bukit Marwah.

c) Cukup tujuh ulang-alik dengan yakin bermula di Bukit Safa ke Bukit Marwah dikira satu kali dan di Bukit Marwah ke Bukit Safa dikira sekali. Mesti berakhir di Bukit Marwah apabila cukup tujuh pusingan.

d) Hendaklah sampai ke penghujung tempat sa'ie di kaki Bukit Marwah dan kaki Bukit Safa pada setiap pusingan (untuk mengetahui di mana kaki Bukit Safa dan Marwah pada masa sekarang ini, jemaah haji perlu lihat berakhirnya pagar untuk kawasan saie bagi kerusi roda).

e) Hendaklah dilakukan di tempat yang telah ditentukan oleh Allah SWT (termasuk kawasan yang diperlebarkan dan kawasan yang sama dengannya, sama ada lapisan bawah atau atas).

f) Mengekalkan niat sa'ie kerana Allah SWT sepanjang masa sa'ie (contohnya,  tidak kekal niat kerana Allah, sambil-sambil sa'ie mencari selipar yang hilang).

5. Bercukur atau Bergunting

Apa yang dikehendaki di sini ialah menanggalkan rambut di kepala sekurang-kurangnya tiga helai rambut (sama ada di pangkal atau di hujung rambut). Jika tiada rambut di kepala, boleh hanya melalukan pisau cukur di kepala sebagai menandakan kita telah bercukur/ bergunting. Waktu bagi jemaah haji boleh bercukur atau bergunting ialah selepas waktu separuh malam 10 Zulhijjah.

6. Tertib

Pada Kebanyakan RukunRukun yang keenam ini dimaksudkan rukun-rukun haji hendaklah dilakukan mengikut tertib pada kebanyakan rukun iaitu didahulukan niat ihram haji dari rukun-rukun yang lain. Didahulukan wuquf daripada tawaf rukun dan didahulukan tawaf daripada sa'ie. Tetapi sa'ie haji boleh dipilih untuk dikerjakan sebelum wuquf atau selepas wuquf dengan syarat mereka melakukan haji ifrad atau haji qiran dan dilakukan selepas Tawaf Qudum.

PENULIS ialah Pengurus Besar (Bimbingan), Lembaga Tabung Haji.

------------------------------------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
Ibu Pejabat

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ              
H/P : 013-212 7799


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Raudhah Umrahajj : Rukun Haji"

Catat Ulasan