Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 17 Julai 2013

KURSUS Tempur Tanpa Senjata (TTS) UPNM cipta sejarah



Para Pegawai Kadet UPNM mempersembahkan demonstrasi gerak tempur mempertahankan diri.

KURSUS Tempur Tanpa Senjata (TTS) yang mula diperkenalkan sejak 14 Ogos 2009 yang modul wajib bagi pegawai kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) mencipta sejarah tersendiri apabila 274 daripada 1,648 peserta berjaya mara ke peringkat tali pinggang hitam baru-baru ini.

Peringkat yang menjadi kebanggaan seluruh warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu dalam masa sama bakal melayakkan pemegang 'Tali Pinggang Hitam 1 dan TTS' untuk mengikuti kursus jurulatih sejurus selepas ditauliahkan.

Kelayakan itu membolehkan pegawai kadet tahun akhir bergelar jurulatih TTS di pasukan atau unit sebaik sahaja mereka tamat pengajian di UPNM pada awal tahun hadapan.

Melihat pada perkembangan positif itu, Komandan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) UPNM, Brig. Jeneral Mustak Ahmad Miandad berpuas hati dengan pencapaian tersebut yang mana para pelatih dinilai oleh penguji Pusat Latihan Kor Polis Tentera Diraja dan seterusnya diiktiraf Majlis Sukan Negara (MSN).

Katanya, kesungguhan yang ditonjolkan pegawai kadet itu diharap akan berterusan dan mampu menjadi legasi bagi melahirkan lebih ramai pemimpin cemerlang serta berintegriti dalam A TM.

"Acara pemakaian ini begitu bersejarah kerana buat pertama kalinya UPNM meraikan seramai 274 pegawai kadet yang layak mendapat tali pinggang hitam TTS.

"Dalam tempoh empat tahun pengajian dan latihan TTS, sesungguhnya menjadi kebanggaan pegawai kadet dan pihak UPNM apabila kursus ini berjaya mencapai objektif terutama dalam meningkatkan seni bela diri peserta sebagai persediaan ketika bertempur dengan musuh," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis pemakaian tali pinggang TTS di padang bola sepak UPNM di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Dalam majlis itu, seramai 80 pegawai kadet turut memperoleh tali pinggang merah, 311 (tali pinggang biru) dan 983 (tali pinggang kuning).

Mustak Ahmad berkata, kumpulan pertama kursus bela diri yang memperoleh tali pinggang hitam TTS itu juga dilihat begitu istimewa apabila jumlahnya merupakan yang teramai dalam cabang perkhidmatan ATM.

Menurut jurulatih TTS, Mejar Noor Ain Sulaiman, latihan itu berbeza dengan seni mempertahankan diri konvensiona, kerana lebih menekankan pada falsafah gerak pendek, mudah dan praktikal.

"Mugkin ada dalam kalangan orang ramai tidak mengetahui TTS diolah dengan menggabungkan pelbagai seni mempertahankan diri termasuk taekwando, silat dan karate yang dilatih secara intensif," katanya.

Jelasnya, modul pelajaran TTS bukan sahaja melibatkan tendangan dan tumbukan, tambah menarik, apabila pegawai kadet turut diajar serangan serta pertahanan menggunakan senjata seperti M16, benet dan pistol.

Menjalani latihan selama tiga jam bermula dari pukul 3 petang pada setiap hari Jumaat, Noor Ain berkata, modul TTS merangkumi kursus asas, lanjutan dan jurulatih.

"Sebagai tenaga pengajar, pihak kami optimis TTS mampu dijayakan dengan sempurna oleh pegawai kadet terutama kerana sebahagian besar daripada mereka merupakan 'fighter' dan berpengalaman terlibat dalam seni pertahanan diri," katanya.

Sementara itu, salah seorang pegawai kadet, Tuan Ahmad Nazmi Safuan Tuan Mat, 23, berkata, pengisian TTS banyak membantu dalam meningkatkan skil pertahanan diri tanpa senjata anggota tentera.

Katanya, keseronokan menyertai kursus itu makin terserlah apabila beliau diberi peluang untuk memimpin peserta TTS sebagai Ketua Perbarisan.

"Teknik-teknik yang diajar secara tidak langsung menjadi panduan berguna kepada pegawai kadet untuk sentiasa bersedia bertempur ketika berdepan dengan situasi darurat dan kecemasan tanpa ketiadaan senjata," katanya.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH

Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
Ibu Pejabat

No. 41, Jalan Siantan 3,
Taman Seri Paroi,
70400 Seremban,
Negeri Sembilan.
Tel / Fax : 06-762 0817
Hotline   : 013-212 7799
Website : www.raudhah2u.my
Weblog  : www.badalhaji1.blogspot.com /
                www.badalhaji2u.blogspot.com
Email     : raudhah.umrahajj@gmail.com

Mohammad Nakhaie Hj Mohamed Zain
Pengurus HQ              
H/P : 013-212 7799



Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "KURSUS Tempur Tanpa Senjata (TTS) UPNM cipta sejarah"

Catat Ulasan