Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 19 Julai 2013

Majlis Kesyukuran Perkahwinan Naim dan Pasangan




Assalamualaikum w.b.t & selamat sejahtera,

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya. Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah." 
(Surah al-Rum, ayat 21) 

Saya, MOHD NAKHAIN BIN HJ MOHAMED ZAIN (NAIM) dan NORASYIKIN BINTI MUDA (SHIKIN) dengan rendah diri dan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Ilahi serta penuh takzim ingin menjemput saudara-saudari, sahabat handai serta seluruh kenalan ke MAJLIS PERKAHWINAN kami seperti berikut :-

Lokasi Majlis Pengantin Lelaki :

Tarikh   : 12 Ogos 2013 / 5 Syawal 1434
Hari       : Isnin
Waktu   : 11.00 Pagi - 5.00 Petang
Tempat : No 85, Kg Kebor Tok Bilal, Manir, 21200 Kuala Trg, Terengganu.


Semoga dengan kehadiran serta iringan doa restu rakan-rakan serta keluarga akan menyerikan lagi majlis kami serta dilimpahi rahmat dan diberkati Allah swt.

* Kepada sahabat handai yg memerlukan kad jemputan diharap dpt PM alamat/ email kepada kami. Kepada yang telah memberi alamat.. Insyaallah, tunggu ketibaannya... (“,)

P/S : Kalau tak dapat datang, jangan lupa doakan kelancaran majlis dan juga doakan segala urusan dipermudahkan ya.. dan yang lagi penting, doakan 'MASJID' yang bakal di bina kami nanti menjadi BAITUL MUSLIM yang diredhai dan diberkati oleh Allah S.W.T serta berkekalan bahagianya sampai ke Syurga Allah.. Amin..

Wassalam
Naim
013-212 7799

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Majlis Kesyukuran Perkahwinan Naim dan Pasangan"

Catat Ulasan