Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Jumaat, 4 Julai 2014

HAJI : Masalah tawaf





LAKSANAKAN tawaf sebaik sahaja anda memasuki Masjidil Haram buat kali pertamanya, jika berniat umrah maka tawaf itu tawaf umrah, jika berniat haji maka tawaf sebelum wukuf itu ialah tawaf Qudum (tawaf selamat datang).

Semua ibadah ditentukan sah dan kadar ganjarannya berdasarkan dengan adanya niat juga keteguhannya. Didoakan agar hidup kita semuanya adalah atas sejadah ibadah kerana-Nya.

Ibadah tawaf ialah berjalan mengelilingi, mengirikan Kaabah dengan syarat-syaratnya kerana Allah SWT.

“Bismillahi Allahu Akbar” saat dada menghadap ke penjuru Hajaral Aswad, maka kini ubahkan posisi mengirikan Kaabah lalu berjalanlah ke hadapan.

Rasakan kita sedang bertawaf, saat mata melihat Kaabah, sudah tentu kita perasan lauatan manusia di sekeliling Kaabah ketika itu. Ya, itulah mereka sedang berjalan, jua berlari ar-Ramal, berihram jua menutup aurat dengan sempurna bertaharah, lidah mereka dibasahi dengan zikrullah munajat. Sampai ke sudut tertentu mereka beristilam.

Pra-tawaf bermula dengan taharah yang sempurna, juga berwuduk dan menutup aurat dengan sempurna.

Dalam ibadah tawaf maka tawaf yang berdiri dengan sendiri seperti tawaf sunat, tawaf tahiyat bait, tawaf nazar, tawaf wada diwajibkan berniat sebelum memulakannya, berbanding dengan tawaf rukun haji dan umrah. Ini kerana niat umrah dan haji sudah memadai. Dalil ibadah tawaf rujuk surah al-Hajj ayat 29.

Pada zaman Jahiliah, tawaf dilakukan dengan bertepuk tangan dan siulan sebagaimana disebutkan dalam surah al-Anfal ayat 35.

Ibadah tawaf itu secara umum ada dua jenis, tawaf yang ada ihram dan tawaf yang tidak terikat dengan ihram. Bagi jemaah yang berniat ihram maka semasa tawaf, maka wajiblah mereka mengenakan pakaian ihram selagi mereka belum bertahallul, Berbeza dengan jemaah yang bertawaf sunat atau tawaf wada’ yang mana mereka mengerjakan ibadah tawaf tanpa terikat dengan komitmen pakaian ihram dan larangan ihram.

Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa kesesakan yang membawa percampuran semasa tawaf tidak boleh dielakkan, kerana tidak mungkin kita mengasingkan jemaah yang bertawaf daripada keluarga. Maka menjadi tanggungjawab dan kesedaran yang tinggi bagi jemaah mengelakkan diri daripada fitnah saat menyempurnakan ibadah yang besar ganjarannya di Tanah Suci Mekah.

Menurut As Syeikh Saleh Al Munjid bahawa percampuran sesama tawaf itu jika disengajakan adalah ditolak oleh syarak dan sememangnya ditegah alim ulama. Pihak berkuasa cuba untuk menghalangnya, namun dek kejahilan dan tanpa kerjasama yang sedang bertawaf maka menjadikan keadaan tidak terkawal.

Dalam menghuraikan masalah ini, perlu lihat faktor zaman. Asalnya, percampuran lelaki dan wanita tidak berlaku pada zaman Baginda kerana wanita bertawaf di belakang saf lelaki. Ini dipetik daripada Imam Bukhari dalam sahihnya, Bagaimana boleh wanita bercampur dengan lelaki (dalam tawaf)? Ata menjawab, Tidak ada pun percampuran, kerana Aisyah r.a melakukan tawaf bersendirian dan tidak bercampur dengan rombongan lelaki. (Sahih Bukhari: 1539)

Diriwayatkan daripada Faqihi, daripada Ibrahim Nakhaie, bahawa Saidina Umar r.a melarang lelaki menyertai tawaf ketika wanita sedang bertawaf. Pada suatu hari, beliau melihat seorang pemuda sedang bertawaf dalam kumpulan wanita lalu memukulnya. Begitu juga perintah Nabi kepada isterinya, Ummu Salamah tatkala dia mengadu kepadanya kemusykilan bertawaf, lalu Nabi memerintahkannya bertawaf di belakang barisan lelaki dalam keadaan duduk di atas tunggangannya. (Sahih Bukhari, no: 452, Sahih Muslim, no: 1276)

Al-Hafiz Ibnu Hajar Asqalani menjelaskan lanjut, bahawa perintah tersebut supaya menjamin keselamatannya (daripada bercampur dengan lelaki) dan tidak pula keluar dari barisan mereka (Fathul Bari, 3/481)

Maka adalah sunnah ke atas wanita, bertawaf di belakang barisan kaum lelaki. (Al-Baji Al-Maliki, Muntaqa Syarah Muwatta, 2/295)

Isu berbangkit semasa tawaf dalam kesesakan ialah berlakunya persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan yang tiada hubungan mahram, merupakan antara perkara-perkara yang membatalkan wuduk kedua-dua pihak, sama ada yang disentuh atau yang menyentuh. (mengikut al-qaul al-azhar dalam mazhab asy-Syafie).

Namun Muzakarah Haji Kebangsaan telah memutuskan jalan keluarnya dengan mengambil pendapat yang ketiga dalam mazhab Syafie iaitu tidak batal wuduk dalam keadaan demikian dengan syarat persentuhan itu tidak menggerakkan syahwat dan tidak disengajakan.

Jemaah juga dinasihati untuk merancang masa yang sesuai agar ibadah ini dapat dihayati dengan semaksimum penghayatan ubudiyyah.

Berazamlah untuk mengulangi ibadah tawaf ini berulang kali dengan menyempurnakan taharah, suci daripada sebarang hadas dan menutup aurat dengan sempurna.

Sesudah tawaf maka susuli dengan solat sunat tawaf di sekitar Masjidil Haram dan meneguk air zam-zam dengan munajat doa agar dikurniakan ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan penawar daripada pelbagai penyakit. Malah sesudah tawaf sunat, pastikan kita tidak mengerjakan saie selepasnya, khusus tawaf wada’ kerana tiada di sana saie sunat dan saie wada’.

PENULIS ialah Pengkursus Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH


Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil
Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Mohammad Nakhaie Bin Hj Mohamed Zain
PENGARAH
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline      : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks    : +606-7620817
Web          : www.raudhah2u.my
Weblog     : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email        : raudhah.umrahajj@gmail.com

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "HAJI : Masalah tawaf"

Catat Ulasan