Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Rabu, 2 Julai 2014

Kekal sihat dengan berpuasa





 SABDA Rasulullah SAW yang bermaksud : “ Berpuasalah nescaya kamu sihat.” (riwayat At-Tobrani)

Walaupun tidak mempunyai teknologi canggih, namun ungkapan Rasulullah SAW mengenai kelebihan berpuasa pada lebih 1,000 tahun lalu ternyata berasas. Malah ia turut dibuktikan dengan pelbagai penemuan daripada hasil penyelidikan para Saintis Islam mahupun Barat.

Bukan satu bebanan, jauh sekali ingin menzalimi umatnya, namun kewajipan berpuasa yang terkandung dalam rukun Islam ketiga itu hakikatnya mempunyai pelbagai kelebihan bukan sahaja dari segi fizikal malah mempengaruhi gaya hidup dan juga mental.

Pensyarah Kanan Fakulti Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Dr. Irfan Mohamad dalam pemerhatian yang dilakukan melalui penyelidikan dan rujukan pakar mengakui segala perintah Allah SWT termasuk berpuasa adalah tidak sia-sia dan mempunyai pelbagai manfaat yang tersembunyi.

Beliau dalam kertas kerjanya bertajuk, Puasa Menurut Perspektif Kesihatan’ turut menjelaskan, sekurang-kurang terdapat tujuh kelebihan amalan berpuasa meliputi aspek kesihatan, fizikal dan juga mental.

1. Risiko penyakit jantung

Kajian Intermountain Heart Collaborative Study terhadap 515 pesakit diuji daripada segi kesihatan jantung. Pesakit yang berpuasa mempunyai risiko rendah mendapat penyakit jantung. Puasa ditakrifkan sebagai meninggalkan jadual makanan utama, paling kurang dua kali. Manakala puasa sehari sebulan merendahkan risiko penyakit jantung.’

2. Mengurangkan berat badan

Laporan laman web www.deenislam.co.uk menunjukkan bahawa beberapa kajian yang berbeza mendapati penurunan berat badan antara sebanyak 1.7 kilogram, 1.8 kilogram, 2.0 kilogram dan 3.8 kilogram berlaku ke atas mereka yang berpuasa Ramadan sebulan penuh. Dan dianggarkan kira-kira 2.6 peratus berat badan berkurangan pada hari ke-29 Ramadan.

3. Penyakit mental

Penyelidikan oleh Proceedings of the National Academy of Sciences Online Edition terhadap tikus yang diberi makan berjadual, kemudian berpuasa selang seli mendapati mampu mengurangkan neurotoksin (toksin kepada saraf) yang menyebabkan punca penyakit Alzheimer.

4. Buah pinggang

Sebahagian pakar berpendapat berpuasa lebih atau selama 12 jam setiap hari selama sebulan boleh menjejaskan kesihatan buah pinggang. Namun penemuan hasil kajian saintifik (Khedmat H, Taheri S. Ramadan Fasting and Transplantation: Current Knowledge and What We Still Need to Know. Saudi J Kidney Dis Transpl 2010;21:417-20) mendapati fungsi buah pinggang adalah stabil dan puasa Ramadan tidak memudaratkan ke atasnya.

5. Kecederaan otak

Kajian yang diketuai Patrick Sullivan, UK Spinal Cord and Brain Injury Research Center dan diterbitkan dalam Journal of Neuroscience Research mendapati dengan berpuasa dapat mengurangkan kesan negatif ke atas pesakit yang mengalami kecederaan sederhana di bahagian otak

6. Detoksifikasi

Berpuasa dapat mencuci dan membersihkan badan daripada racun atau toksin, membuatkan organ-organ berehat, membuang kotoran dan juga menyegarkan sel-sel.

Pengkaji barat, Dr. Lonny J. Brown (Adventures in Therapeutic Fasting) berkata, "Sudah tiba masanya untuk kita mengamalkan sesuatu yang berbeza, iaitu mengamalkan puasa semasa sakit.

Malah Dr. Cindy Engles dalam Wild Health: How Animals Keep Themselves Well and What We can Learn From Them turut menemukan binatang apabila sakit menjauhi makanan. Pengkaji-pengkaji yang mengamati fenomena ini berpendapat menjauhi makanan dengan berpuasa adalah proses semula jadi ke arah penyembuhan.’

7. Gula dalam darah

Kajian yang dilakukan Dr. Soliman daripada Amman Hospital University dan Dr. F Azizi, Tehran Medical School University mendapati keputusan yang sama iaitu, puasa dapat menurunkan paras gula dalam darah ke tahap yang rendah tanpa mendatangkan kemudaratan.

-----------------------------------------------------------

PERKHIDMATAN BADAL HAJI DAN BADAL UMRAH



Perkhidmatan Badal Haji (Upah Haji) yang ditawarkan :


PERKARA
HARGA
KETERANGAN
UPAH HAJI
RM 1400
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI PLUS
RM 2000
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI EXTRA
RM 2450
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah, Tahlil Arwah, Wakaf & Khatam Al-Quran dan Ibadat Qorban
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Senaskah Al-Quran, Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam
UPAH HAJI UZUR
RM 1900
1.     Perlaksanaan
Haji, Umrah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Sejadah, Tasbih, Minyak Attar dan 500ml Air Zam-Zam

Perkhidmatan Badal Umrah (Upah Umrah) yang ditawarkan :

Klik disini Borang Upah Umrah Online

PERKARA
HARGA
KETERANGAN
Upah Umrah
RM 300
1.     Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam
Upah Umrah Ramadhan
RM 400
1.      Perlaksanaan
Umrah, Tahlil Arwah
2.     Sijil Bukti Perlaksanaan
3.     Hadiah Iringan
Tasbih, 500ml Air Zam-Zam

*Nota : Hadiah mungkin ditukar kepada barangan lain yang difikirkan sesuai.

Bayaran Upah Haji termasuk perkara berikut :

  • Sewa khemah wukuf di Arafah
  • Sewa khemah melontar di Mina
  • Tambang dari Mekah ke Arafah, Arafah ke Mina dan Mina ke Mekah
  • Belanja makan bagi orang yang melaksanakan haji dan umrah
  • Upah tawaf dan saie' haji
  • Upah tawaf dan saie' umrah
  • Belanja urusan di tanah air, urusan penghantaran wang dan urusan penghantaran sijil

Sila hubungi 013-212 7799 atau whatsapp 012-777 7190 untuk tempahan.

Umat Islam yang berhajat untuk membuat tempahan UPAH HAJI dan UPAH UMRAH untuk arwah ahli keluarga anda, kami bersedia membantu waris-waris yang berminat untuk melaksanakan Upah Haji dan Upah Umrah untuk arwah ibubapa, saudara mara terdekat, warga emas yang sudah lanjut usia yang tidak mampu lagi mengerjakan haji dan juga orang sakit yang sudah tiada harapan untuk sembuh.

Kami bersedia untuk bertemu dengan anda sekiranya perlu atau anda masih boleh berurusan dengan kami melalui atas talian (Online). Ini akan memudahkan anda dan anda tidak perlu bersusah-payah untuk bertemu dengan kami terutama bagi mereka yang terikat dengan pelbagai aktiviti harian.

Bayaran pendaftaran Badal Haji ialah mengikut pilihan pakej Badal Haji untuk satu permohonan. Raudhah Umrahajj Services akan mengeluarkan resit rasmi syarikat bagi setiap amaun bayaran yang diterima dari pemohon.

Untuk keterangan dan maklumat lanjut, sila hubungi :

Mohammad Nakhaie Bin Hj Mohamed Zain
PENGARAH
RAUDHAH UMRAHAJJ SERVICES (NS0103441-W)
No. 41, Jalan Siantan 3
Taman Seri Paroi
70400 Seremban
Negeri Sembilan
Hotline      : +6013-212 7799
Whatsapp : +6012-777 7190
Tel/Faks    : +606-7620817
Web          : www.raudhah2u.my
Weblog     : www.badalhaji1.blogspot.com / www.badalhaji2u.blogspot.com
Email        : raudhah.umrahajj@gmail.com

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Kekal sihat dengan berpuasa"

Catat Ulasan