Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 3 Mac 2013

5 anggota Polis Terbunuh di Semporna




LAHAD DATU: Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian di perkampungan atas air pada jam 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata berkenaan terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugaskan untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rashid.

Ismail berkata anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Ismail berkata polis juga sedang menyiasat sama ada kumpulan bersenjata itu mempunyai kaitan dengan lebih 150 orang kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu, yang terletak kira-kira 150 kilometer dari Semporna.

Jumaat lalu, dua anggota polis komando VAT 69, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, terkorban dan tiga lagi anggota polis cedera dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo di sini.
Dalam kejadian itu, 12 anggota pasukan penceroboh terbunuh.

Ismail berkata identiti pegawai dan anggota polis yang terkorban di Semporna itu akan dimaklumkan kemudian.

Sementara itu, Ismail berkata polis mengesan sekumpulan 10 lelaki dengan tiga daripada mereka bersenjata api di Kampung Lomalong dan Kampung Dasar Lama, Kunak, kira-kira 60 km dari sini, pada jam 10 malam tadi.

"Sehingga kini polis sedang menjejaki pergerakan dan tujuan kumpulan itu," katanya.

Ismail berkata polis turut menahan tiga daripada lebih 150 orang kumpulan bersenjata rakyat Selatan Filipina yang menceroboh dan berpangkalan di Kampung Tanduo, di sini sejak 9 Feb lalu.

"Mereka dipercayai cuba keluar daripada kumpulan itu," katanya yang enggan mendedahkan maklumat terperinci mengenai tangkapan itu. - BERNAMA


read more...

Apa yang berlaku di Sabah, dirancang ala-ala kerja CIA






Dari malam tadi admin dah baca ratusan artikel daripada Filipina.

Semakin banyak admin baca, admin semakin yakin apa berlaku di Sabah sebenarnya dirancang oleh pihak ketiga dengan menjadikan Sulu sebagai "boneka".

Bekas penasihat keselamatan negara Filipina, Norberto Gonzales telah pergi ke Sabah dan mengikut maklumat dalam Istana Malacanang, Gonzales adalah antara individu yang merancang kejadian di Sabah (ala-ala kerja CIA).

Orang Sulu dijadikan catur supaya kita sesama saudara berperang sedangkan pihak ketiga yang merancang.

read more...

Lebih ramai penceroboh mendarat di Sabah

read more...

Sentimen Filipina, kejadian di Sabah




LANJUTAN DARIPADA POSTING ADMIN SEBELUM INI BERKENAAN SENTIMEN FILIPINA KE ATAS KEJADIAN DI SABAH

Karikatur yang dipaparkan hari ini melalui suratkhabar utama di Filipina..."The Inquirer"

Lihat bagaimana sentimen di sana yang menunjukkan bahawa apa yang berlaku di Sabah menyedarkan Presiden Filipina, Aquino (gambar kartun) berkenaan tuntutan mereka ke atas kedaulatan Sabah.

* Gambar karikatur membayangkan bagaimana Presiden Aquino sedang memegang dokumen "History of Sabah Claim" di tengah-tengah "keganasan" di Sabah.

read more...

Filipina teliti dokumen, tuntut Sabah di ICJ







KERAJAAN FILIPINA MENELITI DOKUMEN SEJARAH UNTUK CUBA MEMBAWA ISU TUNTUTAN SABAH KE MAHKAMAH PENGADILAN ANTARABANGSA (ICJ) !!!

Salam semua. Dari malam hingga siang tadi, admin baca 5 akhbar negara Filipina untuk cuba fahami apa sentimen negara tersebut terhadap isu pencerobohan Lahad Datu. Kesimpulannya, wartawan dan pembaca di sana menganggap penceroboh Sulu sebagai wira dan kerajaan Malaysia sebagai perampas.

1) Respons Presiden Filipina, Aquino mengenai samada kerajaan Filipina akan menuntut semula Sabah "Kabinet saya sedang mengumpul data dan meneliti dokumen" - Phillipine Inquirer, 23 Februari 2013.

2) Bekas Ketua Hakim Filipina, Artemio V. Panganiban "Filipina harus menuntut kedaulatan ke atas Sabah menerusi proses rundingan termasuk membawa tuntutan kepada Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ)" - Phillipine Inquirer, 2 Mac 2013.

Apa kemungkinan ini semua rancangan mereka? Ingat, kita sudah hilang Pulau Batu Putih kepada Singapura dan jika kes ini dibicarakan ICJ, ada kemungkinan kita akan kehilangan Sabah kerana faham-fahamlah siapa yang jadi hakim ICJ nanti.



read more...

Amanat Panglima Angkatan Tentera

 

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata penduduk di Sabah terutama masyarakat setempat di daerah Lahad Datu tidak perlu bimbang kerana pihaknya berkerjasama rapat dengan polis dalam menangani situasi keselamatan.

Sehubungan itu, beliau meminta supaya penduduk di daerah itu, Semporna dan Kunak menjalani kehidupan seperti biasa.

Tan Sri Zulkifeli berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.
read more...