
KERAJAAN FILIPINA MENELITI DOKUMEN SEJARAH UNTUK CUBA MEMBAWA
ISU TUNTUTAN SABAH KE MAHKAMAH PENGADILAN ANTARABANGSA (ICJ) !!!
Salam semua. Dari malam hingga
siang tadi, admin baca 5 akhbar negara Filipina untuk cuba fahami apa sentimen
negara tersebut terhadap isu pencerobohan Lahad Datu. Kesimpulannya, wartawan
dan pembaca di sana menganggap penceroboh Sulu sebagai wira dan kerajaan
Malaysia sebagai perampas.
1) Respons Presiden
Filipina, Aquino mengenai samada kerajaan Filipina akan menuntut semula Sabah
"Kabinet saya sedang mengumpul data dan meneliti dokumen" -
Phillipine Inquirer, 23 Februari 2013.
2) Bekas Ketua Hakim
Filipina, Artemio V. Panganiban "Filipina harus menuntut kedaulatan ke
atas Sabah menerusi proses rundingan termasuk membawa tuntutan kepada Mahkamah
Pengadilan Antarabangsa (ICJ)" - Phillipine Inquirer, 2 Mac 2013.
Apa kemungkinan ini
semua rancangan mereka? Ingat, kita sudah hilang Pulau Batu Putih kepada
Singapura dan jika kes ini dibicarakan ICJ, ada kemungkinan kita akan
kehilangan Sabah kerana faham-fahamlah siapa yang jadi hakim ICJ nanti.
0 ulasan: on "Filipina teliti dokumen, tuntut Sabah di ICJ"
Catat Ulasan