Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan
Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin pada sidang media
di Lahad Datu pada Ahad
LAHAD DATU : Situasi di ketiga-tiga kawasan yang
diserang oleh kumpulan bersenjata Sulu berada dalam keadaan terkawal, kata
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.
Ketiga-tiga kawasan berkenaan ialah Lahad Datu, Semporna dan Kunak.
"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan
Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa
yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda
Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.
"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan
selanjutnya."
Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin
dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri
ini.
Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan
disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan
komunikasi lain.
Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak
pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.
Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi
meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi
batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan
di kawasan pantai timur negeri itu.
Beliau berkata penduduk di Lahad Datu, Semporna dan Kunak tidak perlu
risau dan boleh menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa kerana pasukan
tentera dan polis bekerjasama rapat dalam meningkatkan tahap keselamatan di
sana terkawal.
"Ketua Polis Negara dan saya menyusun operasi dan kami boleh
mengatasi situasi ini dengan mengenakan kawalan keselamatan yang lebih
ketat," katanya.
Kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung oleh pasukan keselamatan di
Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika mereka cuba melarikan diri; sementara lima
anggota polis ditembak dalam satu serangan hendap di Kampung Seri Jaya Simunul,
Semporna dan 10 anggota kumpulan bersenjata dilihat memasuki Kampung Lumalong
dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
0 ulasan: on "Situasi di Sabah Terkawal, Kekuatan Tentera Ditambah - Ketua Polis Negara "
Catat Ulasan