KAMPUNG SIMUNUL: Tiga mayat yang disyaki merupakan lelaki bersenjata Sulu yang
ditembak mati pada Sabtu masih terbaring di Lorong 5 di Kg Simunul, jalan
sepanjang satu kilometer yang terpaksa dilalui oleh beratu-ratus keluarga yang
ingin berpindah.
Satu mayat berada di atas bot, satu lagi di atas titian kaku dan
yang ketiga di sebuah rumah panjang.
Kawasan sekitar berlumuran dengan darah.
Penduduk kampung berkata, mereka tidak tahu siapa yang akan
mengebumikan mayat itu dan mereka menyatakan mengenai ketakutan terhadap mayat
berkenaan.
Seramai enam anggota polis turut terbunuh dalam kejadian
tembak-menembak itu.
Penduduk kampung di Lorong 5 sudah pun meninggalkan kawasan, dan
penduduk luar Lorong 5 dalam perkampungan air kembali pulang.
“Kami tinggal di sini selama lebih 30 tahun. Kami bukan pengikut
Sultan Sulu.
“Kami takut selepas insiden tembak-menambak, tidak selamat lagi
di sini,” kata salah seorang penduduk kampung yang enggan dikenali.
Tiada anggota polis beruniform atau anggota tentera dilihat pada
pagi Isnin apabila penduduk kampung mengemas barang-barang mereka, termasuk
peti sejuk, televisyen dan dapur, untuk menetap bersama saudara-mara mereka di
tempat lain.
0 ulasan: on "Tiga Mayat Penceroboh Bersenjata Berlumuran Darah Terbiar"
Catat Ulasan