Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 3 Mac 2013

TDM : Jangan terpengaruh dengan laporan blog

MOHD. Zaki Mokhtar (kiri) memakaikan pangkat kepada salah seorang anggota tentera sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-80, di Padang Kawad Kem Penrissen, Kuching, Sarawak, semalam. 
 
KUCHING - Orang ramai diminta tidak terpengaruh dengan laporan blog dan media sosial berhubung pencerobohan di Lahad Datu, Sabah kerana terdapat banyak fakta yang salah dan mengelirukan.

Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar sebaliknya meminta masyarakat merujuk kepada media arus perdana yang memperoleh maklumat dan fakta daripada sumber yang sahih berhubung insiden itu.

"Orang ramai sepatutnya tidak membuat kesimpulan awal selepas membaca laporan di dalam blog kerana kebanyakan fakta dan maklumat yang disampaikan telah dipinda atau ditokok tambah oleh penulis," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau sebelum itu memeriksa perbarisan 28 pegawai dan 513 anggota lain-lain pangkat dan membacakan perutusan Panglima Tentera Darat (PTD) Peringkat 1Divisyen sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-80 di Padang Kawad Kem Penrissen.

Yang hadir sama isteri beliau, Datin Noraihan Ibrahim; Panglima Markas Briged Ketiga Infantri, Brigadier Jeneral Datuk Pahlawan Redzuan Baharuddin dan isteri, Datin Hanim Jeraain serta Ketua Staf Markas 1 Divisyen, Kolonel Mohd. Mahmud Ahmad.

Mengulas lanjut, Mohd. Zaki berkata, selain menimbulkan kebimbangan masyarakat, laporan blog dan media sosial itu turut mengganggu dan menjejaskan tugas pasukan keselamatan dalam menangani konflik tersebut.

Beliau berkata, orang ramai tidak perlu bimbang kerana anggota polis dan tentera melakukan yang terbaik dalam menjaga keselamatan mereka.

"Markas 1 Divisyen turut menghantar anggota dari Sibu dan Sri Aman bagi membantu anggota Briged Kelima Infantri yang bertugas bersama polis di Lahad Datu.

"Dalam pada itu, kesemua anggota tentera dinasihat merapatkan barisan, bersiap sedia dan jangan sesekali gentar dalam menangani ancaman ini," katanya.
Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "TDM : Jangan terpengaruh dengan laporan blog"

Catat Ulasan