SEBAHAGIAN daripada anggota tentera memunggah kelengkapan mereka ke
dalam pesawat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu,
semalam untuk misi ketenteraan di Lahad Datu.
SEMPORNA 3 Mac - Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
dijangka melancarkan serangan besar-besaran dalam masa 24 jam bagi
menamatkan pencerobohan tentera Kesultanan Sulu di beberapa daerah di
Sabah.
Difahamkan kawasan yang menjadi fokus utama serangan adalah Kampung
Tanduo, Lahad Datu di mana ketua penceroboh, Raja Muda Azzumudie iaitu
adik kepada Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III bersama lebih 100
pengikutnya berkubu.
Ketika ini, anggota penembak tepat Tentera Darat ditempatkan di beberapa lokasi strategik dan Utusan Malaysia difahamkan, tiada lagi sebarang rundingan bakal dibuat sebaliknya misi kali ini adalah menumpaskan ke semua musuh.
‘Ya Allah, ampunkan dosa-dosaku, dosa-dosa kedua ibubapaku, dosa guru-guruku, dan dosa sahabat-sahabatku. Selamatkanlah kami daripada azab kubur dan nerakaMU. Ya, Allah, Kau pimpinlah hatiku ini dalam mencari rahmat dan redhaMu. Bantulah aku dalam membuat keputusan yang bakal merubah masa depanku. Ya Rahman, andai benar DIA milikku, namanya yang tercatat di Luh Mahfuz menjadi pasanganku, dirinya yang telah Kau suratkan menjadi pasanganku, maka Kau bukalah pintu hatinya untuk menerimaku. Berikan petunjukmu agar aku tidak tersasar dari jalanMu Ya Robb. Kerana aku yakin, Kau Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaMu yang hina ini. Amiinn..’
Naim Qlate
Laman Naim Qlate : Suatu Ketika 2011. Dikuasakan oleh Blogger.
0 ulasan: on "Askar Melayu pantang berundur"
Catat Ulasan