KOTA BHARU 3 Mac - Seramai 19 pegawai dan 323 anggota Rejimen Askar
Melayu Diraja (RAMD) berlepas ke Semporna, Sabah bagi memberikan bantuan
ketenteraan di sana.
Menurut sumber, anggota terbabit diterbangkan terus dari Lapangan
Terbang Ismail Petra Pengkalan Chepa di sini kira-kira pukul 2 petang ini
menggunakan penerbangan khas.
Penghantaran bantuan ketenteraan itu dibuat selepas berlaku serangan
hendap oleh penceroboh dipercayai anggota tentera Diraja Kesultanan Sulu di
Semporna semalam, yang mengorbankan lima anggota keselamatan.
0 ulasan: on "323 anggota RAMD berlepas ke Semporna beri bantuan"
Catat Ulasan