Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 4 Mac 2013

Demontrasi Keupayaan Terup TDM

Demonstrasi Keupayaan Terup Tentera Darat sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-80 telah diadakan pada 3 Mac 13 bertempat di Pantai Saujana, Batu 4, Port Dickson atau lebih dikenali sebagai Bandar Tentera Darat.  Demonstrasi tersebut telah dirasmikan oleh Panglima Tentera Darat, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.  Turut hadir pada demonstrasi tersebut adalah Mantan-mantan Panglima Tentera Darat, Pegawai Kanan, para Pegawai dan anggota serta orang awam yang telah membanjiri kawasan demonstrasi sejak dari awal pagi lagi.
Di samping demonstasi keupayaan tersebut, turut diadakan pada demonstasi tersebut adalah pertunjukan Anjing Perang Tentera Darat serta pertunjukan akrobatik oleh Wira Merah Tentera Darat.  Selain itu, pameran kerjaya, promosi dan aset-aset Tentera Darat telah turut diadakan di tapak demonstrasi tersebut.
Upacara kemuncak pada demonstrasi tersebut adalah Upacara Pemakaian Beret Hijau atau dikenali sebagai Beret Komando kepada seramai 60 orang Pegawai dan anggota yang telah berjaya menamatkan Latihan Asas Komando.  Upacara tersebut telah disempuranakan oleh Panglima Tentera Darat, YBhg Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin.

 Aset TDM
Perarakan Anggota dan Aset Tentera Darat sempena Hari Ulang Tahun Tentera Darat Ke-80 telah diadakan pada 2 Mac 13 bertempat di Kem Sirusa, Port Dickson.  Pearakan tersebut yang julang kalinya diadakan ini telah disaksikan sendiri oleh Menteri Pertahanan, YB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Besar Negeri Sembilan, YB Dato' Seri Hj Mohamad bin Hj Hasan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Dato' Seri Panglima Hj Zulkifli bin Hj Zainal Abidin, Mantan-mantan Panglima Tentera Darat, Pegawai Kanan, para Pegawai dan anggota serta ribuan orang ramai yang turut serta hadir.
Pearakan ini telah melibatkan pearakan dari Pegawai dan anggota Tentera Darat serta aset-aset yang dimiliki oleh Tentera Darat seperti peralatan, persenjataan, kenderaan dan pengangkutan serta banyak lagi.
Perarakan tersebut juga telah dimeriahkan lagi dengan pertunjukan aksi menyelamatkan tebusan oleh Pegawai dan anggota Tentera Darat serta terbang lintas udara yang telah diadakan oleh Pasukan Udara Tentera Darat.
Sumber Mindef

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Demontrasi Keupayaan Terup TDM "

Catat Ulasan