Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Isnin, 4 Mac 2013

Serangan ofensif dari pelbagai sudut



Sabah diceroboh
LAHAD DATU - Pasukan keselamatan melancarkan serangan ofensif ke atas penceroboh kumpulan bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 7 pagi ini.
  
Gerakan ke atas penceroboh dimulakan kira-kira pukul 7 pagi dengan serangan udara.

Pada awalnya kedengaran bunyi jet mengisi ruang udara kampung itu diikuti dengan bunyi tiga letupan setengah jam kemudian.

Bernama melaporkan serangan ofensif udara dilakukan jet pejuang F18 dan Hawk diikuti mortar dan gerakan di darat oleh anggota tentera.

Pasukan komando di barisan hadapan yang mengepung kawasan itu dilihat merapati kawasan perkampungan diikuti dengan Pasukan Gerakan Am.

Serangan yang dilancarkan oleh pasukan keselamatan negara ke atas kumpulan penceroboh di Lahad Datu menyaksikan letupan kedengaran dari pelbagai sudut.

“Kedengaran letupan dan bunyi tembakan bertali arus yang dilepaskan oleh polis Malaysia dan pasukan tentera ke atas penceroboh yang juga dilaporkan terus menyerang,” petik laman web The Star Online.

Serangan di antara dua pihak itu bermula pagi Jumaat lalu selepas pihak berkuasa Malaysia mula menghampiri kawasan yang ditakluk oleh penceroboh bersenjata yang juga merupakan pengikut Sultan Sulu.

Sebelum berlaku serangan, kerajaan Malaysia telah memberi amaran kepada penceroboh bersenjata supaya meninggalkan Lahad Datu dengan aman dan memberi tempoh sehingga tengah malam Selasa lalu tetapi arahan tidak dihiraukan.

Jurucakap Sultan Sulu, Abraham Idjirani berkata 12 tentera mereka maut dalam serangan Jumaat lalu manakala dua orang anggota polis Malaysia maut.

Beliau turut berkata Ahad lalu, pihak polis Malaysia membunuh seorang imam dan empat orang anaknya sehingga menyebabkan penduduk Filipina di Lahad Latu melancarkan serangan ke atas pihak polis dan angkatan tentera.

Kerajaan Malaysia turut menghantar pasukan tentera semalam bagi menambah jumlah kekuatan dan benteng bagi Malaysia di daerah konflik itu.

The Star Online turut melaporkan yang situasi di Tanjung Labian, terletak kira-kira tujuh kilometer dari kampung Tanduo dikawal ketat oleh pasukan tentera diraja dan tentera udara Malaysia.

Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Serangan ofensif dari pelbagai sudut"

Catat Ulasan