LAHAD DATU : Berikut adalah kronologi serangan yang dilancarkan oleh pasukan
keselamatan Malaysia sejak awal pagi Selasa bagi mengusir baki kumpulan
bersenjata Sulu :
11.26 pagi: Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkata, bom digunakan ke atas musuh
bagi memastikan keselamatan tentera Malaysia.
11.23 pagi: KPN: Zon pertempuran seluas 4 kilometer di Kampung Tanduo.
11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan
keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau
kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.
11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku
di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas"
Sulu.
10.58 pagi: Media diberitahu bahawa ia adalah taklimat media. Ketua Polis Negara
tidak akan menjawab sebarang soalan.
10.50 pagi: Ketua Polis Negara tiba di Hotel Felda Residence. Media bersedia untuk
sidang akhbar.
10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan
keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi
memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.
10.45 pagi: Perniagaan di Kota Kinabalu berjalan seperti biasa walaupun sebahagian
pasar raya telah kehabisan bekalan beras. Polis bandar mengingatkan orang ramai
supaya tidak mendengar khabar angin kerana "ia semuanya adalah
penipuan" dan situasi di sini sejak beberapa hari lalu adalah terkawal
tanpa sebarang insiden yang berlaku berkaitan dengan kes di Lahad Datu.
10.45 pagi: Kira-kira pekerja ladang dilihat di tepi jalan di Felda Sahabat. Mereka
berada di sana selepas mendengar letupan sejak pukul 7 pagi.
10.40 pagi: Perniagaan di Sandakan berjalan seperti biasa dan polis memberitahu
orang awam untuk tidak mendengar khabar angin dan mendapatkan pengesahan
daripada polis dengan menghubungi 089 212 222.
10.34 pagi: Ketua Polis Negara dan Pesuruhjaya Polis Sabah telah menunda sidang
media dari pukul 9.30 pagi ke 11 pagi di Felda Sahabat di mana pengamal media
sedang menunggu kenyataan mengenai apakah yang berlaku di kampung Tanduo.
10.20 pagi: Unit polis forensik memasuki kawasan Felda Sahabat dari Lahad Datu.
9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih.
9.45 pagi: Kira-kira 300 penduduk kampung di balai raya Tanjung Labian meminta makanan apabila mereka tidak mendapatkannya sejak malam Isnin. Mereka menyelamatkan diri dari Tanjung Batu selepas mendengar terdapat laporan mengenai penceroboh bersenjata.
Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia
menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo
dekat Tungku, Lahad Datu. Pasukan keselamatan Malaysia pada pagi Selasa
melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang
berkubu di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA
7.30 pagi: Sekurang-kurangnya enam letupan berterusan didengari dan wartawan di
resort Sahabat 16 berkata, jet kembali terbang rendah.
7 pagi: Beberapa jet pejuang melalui kampung Tanduo, diikuti dengan tembakan
meriam.
LAHAD DATU: Serangan pada waktu subuh dilakukan bagi mengusir baki kumpulan
bersenjata Sulu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa,
dalam satu kenyataan ringkas.
Jet pejuang pada awal pagi Selasa mulai terbang rendah melalui kumpulan
bersenjata yang mengepung kampung Tanduo sejak 9 Februari.
Letupan berterusan didengari apabila polis dan tentera mengambil langkah
menentang lelaki bersenjata yang dilaporkan membuat tembakan kembali.
Keadaan di sekitar Tanjung Labian, kira-kira 7 kilometer dari kampung
Tanduo di Felda Village 17 begitu tegang dengan lebih 300 penduduk kampung
berkumpul di balai raya yang mendengar letupan.
0 ulasan: on "Kronologi Pasukan Keselamatan Malaysia Lancar Serangan Terhadap Kumpulan Bersenjata Sulu"
Catat Ulasan