Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 3 Mac 2013

Situasi di Sabah Terkawal, Kekuatan Tentera Ditambah - Ketua Polis Negara



Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Tan Sri Zulkefli Mohd Zin pada sidang media di Lahad Datu pada Ahad

LAHAD DATU : Situasi di ketiga-tiga kawasan yang diserang oleh kumpulan bersenjata Sulu berada dalam keadaan terkawal, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Ketiga-tiga kawasan berkenaan ialah Lahad Datu, Semporna dan Kunak.

"Saya juga telah memanggil Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin untuk mengukuhkan kedudukan dengan mengambil kira apa yang berlaku di tiga lokasi itu," katanya pada sidang akhbar di Felda Sahabat kira-kira 130 kilometer dari sini.

"Mereka juga dalam keadaan bersedia untuk tindakan selanjutnya."

Ismail turut meminta orang ramai agar jangan mempercayai khabar angin dan berita yang tidak disahkan oleh polis tentang apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata orang ramai tidak perlu membuat andaian melainkan disahkan pihak berkuasa terutama jika berdasarkan laporan di media sosial dan komunikasi lain.

Ismail sekali lagi menegaskan bahawa sehingga hari ini polis tidak pernah mengeluarkan perintah berkurung kepada penduduk di negeri ini.

Zulkifeli yang turut hadir dalam sidang media itu berkata bagi meningkatkan keyakinan masyarakat terhadap tahap keselamatan mereka, dua lagi batalion tambahan tentera dihantar hari ini dan ditempatkan di beberapa kawasan di kawasan pantai timur negeri itu.

Beliau berkata penduduk di Lahad Datu, Semporna dan Kunak tidak perlu risau dan boleh menjalankan aktiviti harian mereka seperti biasa kerana pasukan tentera dan polis bekerjasama rapat dalam meningkatkan tahap keselamatan di sana terkawal.

"Ketua Polis Negara dan saya menyusun operasi dan kami boleh mengatasi situasi ini dengan mengenakan kawalan keselamatan yang lebih ketat," katanya.

Kumpulan bersenjata Sulu telah dikepung oleh pasukan keselamatan di Kampung Tanduo, Lahad Datu ketika mereka cuba melarikan diri; sementara lima anggota polis ditembak dalam satu serangan hendap di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna dan 10 anggota kumpulan bersenjata dilihat memasuki Kampung Lumalong dan Kampung Dasar Lama di Kunak.
read more...

1 mayat polis ditemui, 19 anggota berjaya dibawa keluar : KPN



Anggota polis mengawal ketat perkarangan Hospital Semporna bagi menanti ketibaan mayat anggota polis yang terbunuh. Kumpulan bersenjata Sulu itu melakukan serangan hendap di Kg Simunul Semporna pada pukul 7 petang Sabtu, dalam insiden itu enam anggota polis terkorban ketika berbalas tembakan untuk mempertahankan diri. AZHAR MAHFOF/The Star

Terkini : 6 polis maut, 6 anggota kumpulan bersenjata terbunuh

LAHAD DATU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata polis berjaya menyelesaikan kes serangan hendap terhadap anggotanya di Kampung Seri Simunul, Semporna kira-kira jam 7 petang, semalam.

"Pasukan kita berjaya membawa keluar 19 anggota yang berada di kawasan perkampungan itu dan menemui mayat seorang anggota polis menjadikan jumlah keseluruhan anggota kita yang terkorban kepada enam orang.


"Turut ditemui enam mayat yang belum dikenal pasti identitinya tetapi mungkin adalah musuh kita," katanya pada sidang media di sini, malam tadi.

Ismail berkata, pihaknya akan menghubungi keluarga anggota mangsa yang terkorban untuk memaklumkan perkara itu terlebih dulu sebelum mengumumkannya kepada pihak awam dan media.

"Saya mewakili Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan takziah kepada keluarga anggota yang terkorban," katanya.
read more...

Pegawai Polis yang terkorban di Semporna, dikebumi di USJ

Keluarga tidak sangka berita di internet membabitkan adik beradik sendiri


BESUT: Keluarga pegawai kanan polis yang terkorban dalam serang hendap di Semporna, Sabah malam tadi, tidak menyangka laporan berita yang dibaca di internet membabitkan adik beradik mereka sendiri.

Kakak pegawai kanan polis itu, Mek Nab Lebar, 60, berkata berita mengenai kejadian yang mengorbankan
Superintendan Ibrahim Lebar, 52, dibaca oleh adik bongsu mereka yang menetap di Melaka dan mengkhabarkan berita buruk itu kepadanya, malam tadi.

"Hati ini dah mula tidak berapa sedap tapi kami tidak berapa percaya dan ambil keputusan terus hubungi isteri Allahyarham, Rosiah... dia juga mengatakan tidak dapat menyatakan kepastian.

"Akhirnya pagi ini kami terima berita kematian adik saya itu daripada isterinya kira-kira jam 8 pagi selepas dimaklumkan oleh polis," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jabi dekat sini, hari ini.

Ibrahim dan empat lagi anggota polis terkorban dalam kejadian serang hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di perkampungan atas air Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna Sabah kira-kira jam 8 malam tadi.

Ibrahim dari Cawangan Khas, Bukit Aman berada di Semporna sejak dua minggu lepas dan difahamkan akan pulang ke semenanjung hari ini.

Ketika pemberita tiba di rumah kakak Ibrahim tengah hari ini, keluarga itu sedang bersiap untuk ke rumah Allahyarham di Seksyen 15, USJ, Subang Jaya, Selangor.

Ibrahim yang dipanggil 'Sudin' oleh anggota keluarganya adalah anak kesembilan daripada 10 beradik dan dia seorang yang ramah dan mudah mesra dengan sesiapa yang ditemuinya.

Mek Nab berkata, adiknya itu mendapat didikan awal di Sekolah Kebangsaan Jabi dan meneruskan pendidikan di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahmud, Alor Lintang, dekat sini sebelum memasuki kerjaya sebagai Inspektor Polis selepas menduduki Sijil Tinggi Persekolahan (STP).

Selepas bekerja, Ibrahim melanjutkan pengajian peringkat Ijazah di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang dan Ijazah Sarjana di Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Mek Nab berkata, kali terakhir beliau bertemu dengan Allahyarham ialah pada 24 Januari lalu ketika mengadakan kenduri Maulud Nabi di rumah peninggalan pusaka keluarga, di kampung itu.

"Sudin paling suka makan nasi kerabu, tiap kali balik ke Besut dia pasti membelinya atau menyuruh saya membuatnya untuk dimakan bersama isteri dan anak-anaknya," katanya.

Allahyarham meninggalkan isteri dan tiga orang anak iaitu dua lelaki dan seorang perempuan.

Jenazah Ibrahim akan dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya atas permintaan isterinya yang bertugas sebagai pegawai di sebuah bank di sana. – BERNAMA
read more...

Darah Satria ATM dan PRDM




Khas utk ATM & PDRM di Lahad Datu n Sabah

Lautan luas banjaran gunung
Rezeki nan melimpah
Bawah langitnya kami bernaung
Rasa kasih tercurah

Tanah airku bumi bertuah
Tiada bandingannya
Rela bersatu ganding tenaga
Mendaulatkan tenaga

Dengan sepenuh keazaman
Semangatmu nan waja
Keranamu rela berkorban
Engkaulah pertiwi yang tercinta

Darah satria darah satria
Berkobar di dada
Tinggalkan ibu tinggalkan ayah
Serta sanak saudara

Membuktikan kesetiaan kita
Pada bumi Malaysia
Darah satria
Darah satria...

Di setiap langkah kaki mu kami iringikn dgn doa agar engkau selamat dan di lindungi.

Naim Qlate InshaAllah.. Jika negara perlukan kami.. Walaupun dah pencen. Kami yg penah berkhidmat dgn pasukan keselamatan akan turun padang pertahankan ibu pertiwi dari serangan musuh durjana. Biar mati sbg pahlawan dari mati sia2...

Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang”

Ya Allah Yang Menurunkan Kitab Al-Quran Yang Menjalankan Awan Yang Menghancurkan Musuh,Leburkan Mereka Dan Tolonglah Kami Terhadap Mereka....Ya Allah Selamatkan Lah Pejuang-Pejuang Yang Mempertahankan Negara Kami,Lindungilah Mereka..Sekiranya Mereka Gugur..Syahidlah Mereka Disisi Kebesaran Mu Ya Allah...Ya Zaljalaliwalikraaam
read more...

Hero LD : Insp. Zulkifli, bersama pasukannya






"Admin, inilah hero kami"

Seorang anggota VAT 69 minta admin share gambar ni di page.

Gambar arwah Inspektor Zulkifli (kiri sekali) bersama pasukannya.

read more...