Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Ahad, 5 September 2010

Sensitif dengan kepercayaan kaum, agama


Najib Tun Razak menyampaikan sumbangan duit raya kepada sebahagian penerima bantuan pada majlis penyampaian bantuan Hari Raya di pekarangan Masjid Al-Amaniah, Gombak, Selangor, semalam.

KUALA LUMPUR 5 Sept. - Datuk Seri Najib Tun Razak mengingatkan seluruh rakyat Malaysia supaya sentiasa berpegang kepada prinsip saling hormat-menghormati dan bersikap sensitif terhadap kepercayaan kaum dan agama lain.

Perdana Menteri berkata, sikap saling memahami itu hanya dapat dicapai sekiranya rakyat berbilang kaum tidak terbawa-bawa dengan perasaan keterlaluan seperti perkauman, ekstrem dan pemikiran jumud.

"Saya percaya umat Islam pun tidak ingin melakukan sesuatu yang boleh menyentuh perasaan kaum atau agama lain dan mereka yang berfahaman lain pun tidak seharusnya melakukan sesuatu yang boleh menyentuh perasaan orang Islam.

"Ingat, Allah lebih suka kita menjadi umat yang sederhana dengan firmannya iaitu jalan sebaik-baiknya adalah jalan tengah dan saranan ini juga harus dijadikan panduan oleh semua pihak termasuk bukan Islam," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis berbuka puasa bersama kira-kira 3,000 penduduk berbilang kaum anjuran Badan Perhubungan UMNO Selangor di pekarangan Kompleks Amaniah, Batu Caves di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Dalam perkembangan berkaitan, Najib yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri itu berkata, antara contoh perbuatan tidak sensitif berkenaan adalah tindakan Ahli Parlimen Serdang daripada DAP, Teo Nie Ching memberi 'tazkirah' di ruang solat utama Surau Al-Huda di Kajang Sentral, Selangor pada 22 Ogos lalu.

"Saya nak sebut kes ini sebagai peringatan dan bukan hendak menghangatkan semula isu. Ini penting kerana semua pihak termasuk ahli Parlimen pembangkang tidak harus melakukan sesuatu yang boleh menyentuh hati umat Islam," ujarnya.

Beliau berkata, terdapat tiga hujah kenapa Nie Ching tidak harus bertindak sedemikian termasuk keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Ke-90 pada 1 Mac lalu yang menyatakan pelancong bukan Islam diharuskan masuk ke dalam masjid tetapi dengan syarat perlu menutup aurat dan tidak melakukan perkara sesuka hati yang boleh mencemar rumah ibadat berkenaan.

Katanya, hujah kedua ialah Nie Ching tidak boleh memberikan 'tazkirah' kerana berdasarkan hadis, Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi sekali daripadanya.

"Berdasarkan hakikat ini adalah tidak kena untuk bukan Islam masuk ke dalam masjid dan surau bagi memberikan tazkirah," ujarnya.

Kata beliau, hujah ketiga adalah berkaitan Seksyen 3 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor seperti yang dititah oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang melarang bukan Islam daripada masuk dan mengadakan sebarang acara di dewan solat utama.

"Selaras dengan enakmen ini, maka pada 1989 Ratu Elizabeth yang melawat Masjid Negeri Selangor telah berpakaian menutup aurat dan tidak dibenarkan masuk ke ruang solat utama," katanya.

Ketika mengunjungi Surau Al-Huda baru-baru ini, Nie Ching tidak bertudung dan hanya memakai kebaya pendek sambil berdiri menyampaikan 'tazkirah' di ruang solat surau berkenaan.

Kata Najib, sikap menghormati rumah ibadat itu dibuktikan oleh beliau sendiri yang hanya berada di pekarangan Batu Caves ketika lawatan sebelum ini dan tidak masuk ke dalam kuil penganut agama Hindu itu.

Dalam pada itu Najib berkata, langkah beliau mengingatkan rakyat supaya bersatu-padu adalah supaya kerajaan dapat memberi tumpuan membangunkan ekonomi negara seperti yang dilakukan sekarang dengan hasilnya pada suku pertama tahun ini ekonomi mencatatkan pertumbuhan 10.1 peratus dan suku kedua 8.9 peratus.

Katanya, kestabilan negara perlu dipelihara kerana masa depan Malaysia sangat cerah dan berpeluang menjadi satu-satunya negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) yang berpotensi menjadi negara maju pada 2020.

Sementara itu pada majlis hari ini, Najib menyampaikan bantuan sebanyak RM1,000 kepada setiap 18 masjid di kawasan Parlimen Gombak.

Beliau juga menyampaikan bantuan sebanyak RM500 kepada setiap empat keluarga yang menjadi mangsa kebakaran di kawasan Parlimen berkenaan dan turut menghulurkan bantuan Hari Raya Aidilfitri kepada 142 orang miskin dan 158 anak-anak yatim.

Najib turut bersolat maghrib dan isyak di Masjid Al-Amaniah yang terletak bersebelahan kompleks berkenaan dan kemudiannya bersembahyang tarawih dan menghadiri jamuan dengan hadirin.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Sensitif dengan kepercayaan kaum, agama"

Catat Ulasan