Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 7 Jun 2011

1Malaysia subur dalam TUDM


TUDM menyambut ulang tahunnya yang ke-53 hari ini.


SEBUT sahaja tentera pasti ramai menyangka pasukan beruniform itu dipelopori oleh orang Melayu. Namun sebenarnya ramai kaum lain yang turut berkhidmat dengan pasukan tersebut termasuk Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Mejar John Sham, 39, merupakan salah seorang daripadanya.

Beliau yang sudah 18 tahun bersama dengan TUDM dan kini berkhidmat sebagai jurulatih juruterbang pejuang di Pangkalan TUDM Kuantan berkata, dalam pasukan itu setiap anggota amat menghormati agama serta kaum lain.

Katanya, sejak memasuki TUDM beliau sudah diajar untuk mengambil tahu aktiviti-aktiviti keagamaan anggota pasukan tersebut.

"Contohnya jika saya ingin membuat penerbangan latihan kepada pelajar, saya mesti pastikan masa penerbangan itu tidak kena pada waktu sembahyang mereka," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Kuantan baru-baru ini.

Tambahnya, TUDM juga amat prihatin terhadap pegangan agamanya kerana dia akan dikecualikan latihan pada hari Ahad kerana sebagai penganut Kristian, beliau akan ke gereja pada hari tersebut.

Malah, katanya, setelah sekian lama menjadi jurulatih di TUDM, beliau berpuas hati kerana berjaya menghasilkan lapan juruterbang pesawat pejuang pelbagai kaum.

Sementara itu, Kapten Tan Wei Han yang bertugas di bahagian Kejuruteraan Skuadron 17/19 berkata, terdapat ramai anggota Melayu yang bekerja dengannya di bahagian tersebut.

"Namun di sini langsung tidak ada perbezaan antara kaum. Malah saya boleh bergaul dengan mereka tanpa ada sebarang kesulitan dan mereka juga menganggap saya sebagai kawan yang rapat," katanya.

Beliau memberitahu, di dalam TUDM pergaulan antara kaum tidak pernah diambil tahu malah mereka boleh bekerja bersama-sama demi negara yang tercinta.

Dalam pada itu, katanya, TUDM amat menitikberatkan kebajikan anggota mereka tanpa mengira agama dan bangsa.

"Jika kedua ibu bapa saya yang kini berada di Kedah sakit, pada bila-bila masa sahaja saya boleh balik untuk melihat mereka," katanya.

Sementara itu, Sarjan Wan Razliza Ramli, 28, berkata, isu gender tidak timbul dalam pasukan tersebut kerana dia tidak pernah disisihkan dan sentiasa dianggap sebagai anggota tentera sama seperti anggota lelaki yang lain.

"Malah kebajikan saya sebagai wanita juga amat dititik berat oleh TUDM," katanya.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "1Malaysia subur dalam TUDM"

Catat Ulasan