Pakej Umrah & Haji Swasta, Upah Haji dan Upah Umrah 2014/2015


Mana-mana waris yang berhajat untuk melaksanakan UPAH HAJI & UMRAH bagi arwah keluarga mereka. Sila layari http://www.raudhah2u.my/ dan http://www.badalhaji1.blogspot.com/


Badal/Upah Haji dan Umrah 2014/2015

Followers

Catatan Popular

Selasa, 7 Jun 2011

Agensi penguatkuasaan guna aset pertahanan tempatan


Ahmad Zahid Hamidi melancarkan Adiwira sambil diperhatikan oleh Pengerusi Pesaka Astana, Datuk Mohamad Rafie Sain (kiri) di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 6 Jun - Semua agensi penguatkuasaan tempatan diminta bersedia menggunakan produk serta aset pertahanan tempatan yang dibangunkan secara bersama dengan negara-negara ASEAN bagi menyemarakkan pembangunan industri tersebut.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, perolehan dan penggunaan aset yang dibangunkan secara bersama di rantau ini boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan berbanding pembelian produk tersebut dari luar.

"Ini sudah dilakukan di Eropah dan Korea dan kita juga akan menggunakan pendekatan serupa supaya dapat bersaing dengan syarikat yang lebih kuat di peringkat antarabangsa.

"Menteri-menteri pertahanan ASEAN secara dasarnya bersetuju dengan ketetapan ini supaya produk pertahanan dapat dipiawaikan mengikut standard ASEAN dan kita tidak perlu bersaing dengan standard Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pertahanan, Penguatkuasaan dan Keselamatan Malaysia serta melancarkan trak taktikal tentera 2.5 tan dinamakan 'Adiwira' yang dikeluarkan oleh syarikat Pesaka Astana (M) Sdn. Bhd., di sini hari ini.

Ahmad Zahid memberitahu, Kementerian Pertahanan berhasrat mendapatkan trak itu untuk kegunaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) namun jumlahnya belum dapat ditentukan.

Tambahnya, Adiwira telah diuji selama empat tahun oleh ATM dan pihaknya berpuas hati dengan prestasi kenderaan itu.


Digg Google Bookmarks reddit Mixx StumbleUpon Technorati Yahoo! Buzz DesignFloat Delicious BlinkList Furl

0 ulasan: on "Agensi penguatkuasaan guna aset pertahanan tempatan"

Catat Ulasan